Wednesday, December 9, 2009

SEMINAR PEMANTAPAN KELUARGA: 'Suami Curang, Isteri Nusyuz'

Selasa, 8 Disember 2009, Auditorium E

Aku ke seminar ni yang mana tajuk kat atas tu cam menarik je. Banyak yang dibincangkan termasuk tanggungjawab suami/isteri dan hak-hak suami/isteri. Kira-kira selepas ke seminar ni aku sedar jugalah yang selama ni ade juga tindak tanduk aku sebagai isteri yang hampir dianggap nusyuz (nusyuz - mengingkari arahan suami). Kalau nak dirungkai semua ceramah dari ustaz dan ustazah yang ada mmg aku tak terungkai

Apapun dalam kehidupan berumahtangga dan sebagai pasangan Islam disini beberapa perkara yang dapat aku listkan sebagai renungan untuk diri sendiri dan kawan2 juga:

PENAWAR DAN BAGAIMANA UNTUK MENGATASI KERUNTUHAN RUMAHTANGGA:

1) Menjaga hubungan dengan Allah s.w.t (Akidah)
2) Menjaga hubungan dengan manusia (Akhlak)
3) Ilmu dan amalan yang berterusan

TANGGUNGJAWAB SUAMI KEPADA ISTERI:

1)Pemimpin, pendidik dan pelindung isteri - suami yang tidak membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah adalah suami yang Nusyuz
2) Memaafkan kesalahan isteri - suami juga sering melakukan kesilapan
3) Teman Setia - suami haruslah menjadi teman setia tempat isteri mengadu dan mencurahkan kasih sayang
4)Menyintai isteri - dengan sepenuh hati
5)Menghormati isteri - suami juga wajar menghormati pandangan isteri
6)Hubungan seksual - takyah la diterangkan yang pasti harus puas la dedua
7)Tidak terlalu cemburu
8) Suka duduk rumah - Sabda Nabi : Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang berbuat baik untuk keluarganya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu semua terhadap keluargaku
9) Mencarai Nafkah untuk keluarga - walaupun 10% dari gaji isteri

TANGGUNGJAWAB ISTERI KEPADA SUAMI:

1) Menghormati suami - hormat suami sebagai ketua keluarga
2) Menjaga rahsia suami - sangat2 la penting bagi menjaga maruah suami
3) Menerima kepimpinan suami - redha dengan hati terbuka
4) Mentaati suami - Walau suami meminta bersetubuh di atas unta sekalipun, tidak harus isteri menolaknya (Sabda Nabi S.A.W)
5) Berpenampilan menarik - pakai wangian dan pakaian yang cantik di depan suami
6) Memelihara kebajikan suami - makan pakainya
7) Layanan yang baik - sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkan suaminya apabila dia melihatnya, taat apabila dia menyuruhnya dan tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak diingininya (suami tak suka jgn buat)
8)menyucikan diri dari hadas besar - mandi wajib haid dulu baru bersama dan kemudian mandi wajib selepas berjimak
9)Amanah

Yang pasti di zaman sekarang untuk mengelakkan skandal dan kecurangan di pihak suami atau isteri - elakkan berbincang soal peribadi/meluahkan masalah kepada bukan kaum sejenis

Aku hari ini....

Lama tak citer hal keje. Aku kene transfer buat kali ke 3 tahun ni. Bukan sebab aku bermasalah tapi sebab bos-bos yang aku serve sumer orang suka jadik senang-senang je diorang tarik bos aku kuar. Dato' Mat Aron ditarik ke MOSTI kemudian pindah masuk semula ke EPU, then ke UKAS..last aku dengar dia di JPA...sian gak dia lagi sana sini kene pegi.

April 2009, aku serve Tn. Haji Sumali. Very soft spoken person..yang membuatkan aku kagum sebaik sampai opis dia mengaji dan solat sunat. Kalau aku nak brief dia pun lepas 8.30 selesai solat dan mengaji. 6 bulan serve Tn. Haji..dia ditransfer secara tiba2 untuk projek khas YAB PM. Mula la lepas tu aku macam dah tau nasib aku yg pasti kene transfer. Lastly, aku diminta serve En. Husain Yaacob, TImb. Pengarah Bajet Pembangunan. Syukur Alhamdulillah..semua bos yang aku dapat semuanya sangatttttttt baik. Aku takde pengalaman lagi la ngan bos yang cerewet, kaki baran, kaki umpat...bla..bla..

So sekarang di sini la aku sampai arahan transfer seterusnya atau rezeki naik pangkat. Syukur sebab walaupun mula-mula kekok..aku dah boleh sesuaikan diri ngan suasana kat sini. Tapi masih sangat sayang ngan geng masa kat Makro...cc, kak zana, fidah... dan kawan2 kat K-Ekonomi kak D, kak ita, eena, lisa, Pn. Raudah, kak mie...rindu la ngan geng2 nih..sumer best gilos.

Monday, November 2, 2009

I'm Back...


Salam sumer... selepas berbulan2 aku tak update blog maka harini aku tekad nak update semula blog yg aku mulakan sendiri nih. Dah naik bersawang2 dan..penat amik penyapu tadi nyapu sawang...acecece...hihihihi

Banyak nak update...sampai tatau nak mula kat mana dah. Pasal kehidupan harian...herm.. sumer macam biasa, melayan kerenah anak2. Ain tengah periksa sekarang. Mula Rabu minggu lepas lagi. Dia sibuk sangat nak hadiah jam transformers...ok la...ibu janji kalau periksa dapat no.1-6 ibu belikan...apasal 6???? pasal exam awal tahun haritu dia dapat no.6 agak2 adil tak ehh aku kasik syarat sampai no.6... kira ok la..

Hari2 lepas balik sekolah bila aku tanyer.." akak boleh jawab tak tadi..???" mesti dia jawab kakak dapat seratus tadi...entah iyer entah tak. Harap2 betul la, sejuk perut aku mengandungkan dia

Study?? budak tadika kene study gak ehh..hihihi. Bukanla study sangat cuma aku ulangkaji sama jerk. Kalau arini peksa BI aku tanyer la sikit2 soalan utk refreshkan Ain. Tanak push dia sangat takut karang preasure lak. Tapi aku tak suruh pun anak dara ni mmg kaki buku....syukur alhamdulillah

Si Amirul dah tak pakai pampers kecuali bila dia nak POO POO... tak moh dia PooPoo kat bilik air. Tunggu pakai pampers baru PooPoo..aiyo... tapi satu improvement yg baik la bila dia telah menjimatkan duit utk beli pampers. Kita beli pampers murah utk dia PooPoo jerk. Abang dah pandai ape yer... pandai amik buku suh aku bacakan..tapi amik buku BI lak tuh..ke dia terambik buku BI..hehehe. Amirul ni liat sikit..kalau Ain dulu time ni dia dah pandai kaler2...Amirul ni tangan lembik je..malas pegang pensil....nak kene usaha jugak nih. Kata tahun depan nak anto sekolah....

Mulut adalah sangat kuat bercakap sampai kita mintak tolongggggggggggggg tutup mulut pun tak paham2. Nak jadik lawyer kot..kihkihkih

Harith pulak dah makin bijak, makin lasak tapi masih menyusu badan dengan aksi tersendiri. Budak bertuah ni pandai merajuk dan jual mahal oooo... kejenyer asyikla menyakat orang. Takleh agaknyer tengok abang dan kakaknyer bahagia dan aman...hehehe patutnya dulu ibu taruk nama Muhamad Harith Aman kot baru aman. Tapi orang kata budak yg aktif meneroka....bijak akalnya..moga2..insyaallah...

Kami sedang plan untuk berpindah ke Hulu Langat. For temporary kita duduk di rumah cam studio house jer...rumah satu bilik tapi hall yg bole wat main futsal.... Mulanya dulu nak buat ruang kursus tapi plan dah tukar jadik kediaman sementara kumpul duit buat villa (kata cik abang...impiannya nak buat villa atas bukit belah atas tanah kami tu...) Kalau ikut perancangan nak pindah dalam bulan Januari 2010. Sekarang tak leh pasal Farihin nak amik STPM ujung tahun ni... akukan penjaga tetap dia...

Walaupun aku agak berat hati nak pindah (sebab jauh dari opis...dekat 45 minit baru sampai putrajaya dan tahun depan aku kene angkut ketiga3 anak bawak sekali sekolah kat Putrajaya) mengenangkan kasih dan sayang pada cik abang dan demi masa depan kolam ikan yang kami dah mulakan setahun dulu...aku redha. Jadi kawan2 yg nak rasa bangun pagi hirup udara segar dan menyaksikan kehijauan alam bole la datang bermalam kat rumah aku nanti....

So, sekarang masih sedang mengemas rumah yg kami nak duduk tu...ade masa nanti aku upload gambo..tapi kamera dah kong..tatau bateri rosak atau kamera rosak setelah kamera tu bertukar2 tangan..herm....

Until next entry...Chiowww

Friday, June 12, 2009

Kadang2 jika terlalu ikutkan emosi dan hati.. kita akan lukakan hati insan lain...nyesal2...

Wednesday, June 10, 2009

Perihal rumahtangga..

Aku tertarik bila baca N3 Yong.. well, blog yong antara yg aku sentiasa lawati tiap hari..ewah.. citer pasal sentap2 laki bini nih. Yerla pengatnin baru lagi kan. Bila ingat2 zaman aku mula2 kawin dulu mmg la...akupun gitu gak rasanyer..kuat merajuk. Bukan merajuk la..nak perhatian je rasanyer..cuma bila waktu itu kita masih berdua atau mungkin bertiga, kehidupan kita tidak terlalu byk yg nak difikir kalau dibanding dengan orang yg dah ada anak 3 dan sentiasa ade je kerenahnyer.

Kalau tanyer laki aku camana gelagat aku dulu mesti dia kata tak larat dah abang nak pujuk...asyik tarik muka je...hihihih. Mmg betui tuh. Salah cakap sikit tarik muka, tak romantik sikit tarik muka, balik lambat sikit tarik muka..hihihi..tu aku la dulu. Maklum la aku kawin muda. Masa kawin aku baru umur 22... Mmg tengah manje gitu...ewahhh..

Kalau nak fikir sape salah sape betul mmg kita sentiasa je nak cakap kita betul..tapi tu dulu..sekarang persepsi aku agak berbeza... Untuk mengelakkan sakit hati, makan hati..dan penyakit2 hati yg lain aku amalkan beberapa nasihat dari mak, mak mertua, kawan2 yg sangat berpengalaman.....
  • Jangan menjawab bila suami bercakap/ nasihat/ marah
  • Beri peluang suami untuk rasa tidak dikongkong (tapi suami pun kene tau la batas2 waktu)
  • Sentiasa senyum dan bergurau senda
  • Suami pun ada kawan2..sesekali dia kuar ngan kawan2..redhakan je
  • Mak kata "biarla laki ko nak kuar, bukan dia tak balik pun..nanti dia balik jugak"
  • Jangan selalu fikir negatif pada suami..sentiasa positif
  • Sentiasa mengalah..jangan fikir kita la paling pandai, paling bijak, paling perfect... kita je yg pandai carik duit..bla..bla..
  • jangan berani2 tinggikan suara dengan suami.. dosa wooo...
  • Guna panggilan yang manis pada pasangan walaupun sedang marah (aku tak penah guna perkataan "aku-kau" ngan si kodri)
  • beralah..redha...sabar.. tawakal dan sentiasa ingat bahawa syurga kita di bawah tapak kaki suami

Susah nak jadi isteri mithali dan menjadi dambaan suami.... tapi sekurang-kurangnya kita berusaha buat yang terbaik. Maklumla kitapun manusia biasa.. sekali-sekala kita pun nak gak dihargai dan terima seperti mana kita lakukan pada suami... insyaallah. Bila kita layan suami dengan hati yang rela.... suamipun rasa sejuk hati dan insyaallah kita dapat rasakan kebahagiaan itu..wallhua'lam...peringatan juga buat diriku sendiri dan kawan2 yang membaca.....


Thursday, June 4, 2009

Panas..mmg aku tengah panas dalam nih..

Ni adalah entry sentap..

Biol punyer officer..cam bagus..porah. Aku adalah hangin bila orang set appointment awal pastu bila sampai time dia kata dia set waktu lain. Mmg mulut ko la yg set ngan aku meeting tu kul 3.00..tetiba lak ko kata ko buat app kul 3.30...wak lu..tu dah sentap sekali pasal kene jawab ngan bos...

Pastu kalo ko dah tau ko sibuk main cancel2 last minit ke... wah manyak cantik muka ko. Dah la ko nak cancel app. ko terus jumpe bos aku..aku depan mata ni ko tak reti nak inform same ke..mmg ko nak carik gaduh ngan aku ni. Mintak mahap le aku nak berbaik bertepuk tampo ngan ko lepas ni....SORRY NAIK LORI.. ko mainkan aku 2 kali arini ehh...nanti ko..ni didih2 darah aku nih....

Panas..panas..

Panas ekk kebelakangan nih..aku anak beranak pun dah dekat 2-3 malam tido kat hall... aku lama dah merengek..cheh merengek tuh...nak pasang aircond..so, setelah sekian lamanyer cik abang benarkan juga..

Tadi balik kejap pasal cina pasang aircond naksampai umah dah...kodri lak kuar ke kebun... maka dah pasang tapi kami pasang kat hall. Umah tu kan kecik, kami beli aircond power besar sikit so keadaan umah tak la panas sangat..


Tapi masak le nak bayau bil sok tuh...

Tuesday, June 2, 2009

Kenapa ekk...

Pagi ni aku agak awal juga memandangkan jalan mmg tak jem bila cuti sekolah... seronok.. rasa heaven je drive pagi2 walaupun kalau dikira kuar rumah agak lambat jugak.

Bukan nak citer ape pagi ni cuma nak citer apasal la sesetengah orang pangkat tinggi, belajar tinggi tapi sesuatu yang mudah pun dia tak leh faham... dah few days opis aku ni ade tampal poster derma darah dan kat poster tu diingatkan 'JANGAN MENDERMA DARAH SEKIRANYA ANDA..BLA..BLA..."SERING BERTUKAR-TUKAR PASANGAN".... kan bagus itu peringatan kerana kalau insan2 'tut' ini menderma maka mereka juga mendermakan virus2 berbahaya pada orang lain...

Akan tetapi pagi ni manusia pangkat agak tinggi ni satu opis dengan aku, lum kawin.. tetiba dia komplen iklan ni tak baik.. tak bleh tahan statement dia.. "HABIS KALAU U MARRIED THEN DIVORCE THEN U MARRIED AGAIN MACAMANA"... Ya Rabbi.. bukan la maksud bertukar pasangan tu macam gitu... tentulah maksudnya kalau seseorang tu jenis pakai pelacur tak kira orang, tak kira kulit, tak kira sape di bedal je...orang itu la yg tak dibenarkan derma darah..... aku dalam hati betapa bodohnyer la dia translate poster tu... nak kata tak sekolah ....tinggi sekolahnyer...entah le...

Thursday, May 28, 2009

Pepagi dah bala...

Pagi ni aku cam mengong sikit. Kan laki aku takdak jadik kalau biasanyer dia yg buang sampah...pagi ni aku yg buang la kan. Biasanyer mmg aku akan ingat tak pun aku suh ain ingatkan sampah atas kete. Pagi tadi aku tak ingatkan ain...ain pun buat derk... maka aku sudah lupa ade sampah atas kete. Dengan selamba aku memasuki LDP dengan menjunjung sampah. Sumpah tak ingat ohhhh....

Pastu sampai dekat ngan Puchong Perdana ade kete hon aku...ehhh..apasal lak hon2 nih.... YA RABBI..SAMPAH ATAS KETE...giler tul...dah la aku bawak agak laju. Bila berenti aku dah naik malu nak kuar nih...tapi kene kuar gak..sekali tengok sampah sudah takdak... mungkin sudah jatuh da....

Tapi takpe gak...aku punyer rekod satu bungkus sampah je...Kodri aritu kat tempat yg sama baru perasan..lagik dasat....pasal masa tu bawak 2 bungkus sampah. Sedar2 ade satu je..lagik satu dah jatuh.

Jadi kepada kakitangan dan peronda LDP...mintak mahap yer..den tak sengajoooo... Insyaallah tak buat lai yo...hihihihih

Tuesday, May 26, 2009

Camana yer...

Ujung minggu ni mak abah nak balik Johor... abah mintak anak2 sumer ikut. Kak lia lak kata kalau aku tak pi dia pun tamoh pegi..ahahah kelako... pentingnyer aku nih..(perasan sikit)

Ikut plan minggu ni mmg tak kemana, tapi kodri lak baru balik dari Perak hari Jumaat. Sure malam baru dia sampai, esoknyer dah nak ke Johor..sian lak dia..penat tu. Ni dah seminggu dia tak g kebun tengok ikan2 sure dia dah ade plan nak ke kebun ujung minggu ni. Minggu depan lak dah plan nak balik kedah ade kenduri. Lagipun dah lama gak tak balik sana. Lama tak jenguk ibu mertuaku (aku la..kodri baru balik minggu lepas)

Camana la nak pujuk lakiku utk balik Johor... nak kene karnag ayat2 cinta nih. Kene kata abah nak awak ikut sama..hehehehe agak2 berkesan tak ehh..tapi biasanyer kalau guna nama abah mesti dia cair...sure rasa bersalah kalau tak pegi...hihihihi.. pk2 ade beberapa hari lagi untuk buat keputusan. Aku?? entah berbelah bagi gak....

Happy 28th Birthday to me...

24 Mei 2009 genap le aku 28 tahun... time kasih buat adik beradik dan kawan2 yg sudi wish aku. Mana2 yg lupa tu sila update supaya tak lupa tahun depan....dan azam aku...utk tahun depan aku nak take note birthday setiap insan disekelilingku... insyaallah... pasal ade birthday kawan2 yg aku lupa wish..macam apai, yong, kak su...ramai lagi la..sorry...

Takde ape yg special..takde celebrate dengan party2 pun. Makan2 pun takde buat..mungkin pospon sikit kot. Hubby mestila jadi orang pertama yg membisikkan selamat hari lahir kat tepi telinga pagi2 hari lagi..kalu tak mau aku tarik muka..wakakak. Msg bertalu2 wish birthday. Paling bes Ain tolong tanyerkan abah... " Abah.. jom kita pegi beli cincin utk ibu" amboi.... aku tamoh cincin aku nak hp baru..hihihihih

Tengahari tu hubby dah nak bertolak ke Perak..jadi kita buat celebration sekali ngan wedding anniversary la yer. Arini datang opis dapat satu kad birthday yg mana dalamnyer sumer pegawai dan staff kasik short msg wishing happy birthday....thanks u all..terharu ai...

Mak...U're Amazing

Semalam aku migrain... sakit pala yg tak dibuat2..dunia berpusing sampaikan nak bangun pun aku tak larat. Dalam kul 6 aku call mak kasitau aku sakit pala..mintak angah antokan pain g skolah.. Dah jadik habbit aku bangun pagi akan teringatkan pain sebab kalau anto g skolah aku tanak dia lambat masuk skolah..

Pukul 8 gitu mak datang umah.... anak2 mmg dah berterabur, aku mmg dah terbaring je takleh bukak mata..pusing.. mak mandikan anak2, buatkan susu dan angkut sumer sekali g umah mak. Aku tinggal tido sorang2 sikit pun mak tak kacau. Sambil pening sambil cuba call opis utk kasitau aku nak amik mc..tapi line lak tak ok...cuba msg bos..pun takleh..taklama pastu PA pengarah call tanyer nape tak masuk opis... terus aku inform aku nak mc arini.

Aku tertido lepas tu tak sedar ape dah. Sedar2 jam dah kul 12.25 tghr...aduh..pala sakit lagi. Aku capai tuala nak g mandi.. dan2 tu mak datang ngan ain dan mirul. Tu pun sebab budak2 tu ngarut nak susu. Harith dah tido..mak kasik air teh je ni pasal tak bawak susu..kata mak..ok la tu..jadik orang kampung... lepas mandi aku nak g klinik, budak2 berdua nak ikut. Okla jgn kasik ibu pening lagi sudah. Selesai ke klinik aku balik umah mak...carik nasik...sebab nak makan ubat lak. Lepas makan nasik dan ubat aku landing lagi. Kerenah anak2 aku mak yg layankan... aku tengok ngan ujung mata betapa tabahnyer mak aku. Kalau aku la bebudak ni byk songeh aku dah naik angin. Kejap nak susu, kejapnak air, kejap nak keropok... mak tetap layankan, sikit pun tak dengar dia marah ke, merungut ke..ish ke..mengeluh pun tidak. Sebabtu la mak aku mmg boleh diberikan anugerah ibu mithali.

Bila aku rasa dah kuat sikit barula aku layankan budak2... tapi aku ajak balik sebab kalau kat umah sendiri budak2 ni mmg tak byk songeh. Turut je ape aku cakap... Bila aku renung2kan...ngapela aku takleh setabah mak...sikap mak tu buat aku impress. Kasih sayang dia mmg la takde tolok bandingnyer...

Kene Tinggal lagik..

Laki wa takdak seminggu.. Ahad 24/5/09 sampai Jumaat 29/5/09. Ngape?? dia g kursus perikanan kat Enggor, Perak... kat mana tah tu..kata laki aku kat area Kuala Kangsar. Ok la tu..suamiku pergi menuntut ilmu..hehehhe

Friday, May 22, 2009

Bila Suami Takde di Rumah..

Terasa hidup ini sangat boring..balik keje dah memang tak masak la pasal kalau setakat dengan anak2 aku beli nasi goreng sebungkus makan 3 beranak pun masih ada baki dalam peti ais. Kodri bertolak balik kampung semalam pagi...tapi dia angkut sekali anak kesayangan dia si Amirul...

Sekarang aku dah tak risau sangat dia nak bawak anak balik kampung walau aku takde. Mungkin sifat Kebapaan dia dah terserlah sikit kot...hahahha

Kadang pening gak laki aku ni...wat ape balik kampung kejap je..g semalam...petang ni balik sini balik pasal Sabtu pagi kami dah masuk nama untuk rombongan opis lama aku ke KLCC...trip ditaja oleH PETRONAS...dari pagi naik Skybridge,lunch,aquaria.. then Petrosains.. dan diikuti majlis penyerahan cenderahati... Trip kali ni macam trip aku g kampung kuantan la..dulu TNB sponsor kali ni PETRONAS lak. Yerla kalu ko pikir nak bawak 5 beranak utk enjoy sumer tu bukan sikit duit..kene pikir 4-5 kali.

Malam tadi aku wat projek kemas rumah dan lipat kain. Pagi ni kuar rumah rasa hati sangat tenang sebab sumer dah clear. Dan malam tadi kul 11 gitu ain kata lapar lagi...aik..budak kurus nih. Ok la ibu g beli nasi goreng akak jaga adik harith jap (Harith dah tido). Aku bawak gak kete g kedai yang 150 meter je dari rumah aku..hehehehe pasal takkan nak jalan kaki..takut dah malam. Kalau abahnyer ade tentu la abah yg pegi. Lepas makan dekat kul 12 baru tido melayankan si ain. Yerla siang tadi dia macam demam sikit tak lalu makan..sian lak...
P/s: Ngah, Exxonmobil takde wat tajaan utk ahli keluarga ke...hehehe..

Thursday, May 21, 2009

Birthday Celeb...


Majlis ni diadakan pada 11 April 2008..aiyoo..manyak lama punyer event baru nak update harini... pasal aku ada masalah kabel kamera utk transfer gambo2 ni la....
Along beli belon jenis susah mau tiup...sakit mulut2 ni ha..aku dengan penuh kreatif amik pam basikal ...tak larat dah tiup...gigih kan aku...hahaha. Abaikan diriku yg agak chubby... mungkin bunga2 baju tu buat aku nampak besar dari asal..akekekke
Sumer preparation awal dibuat oleh aku dan Kak Lia (my SIL) sebab majlis ni kami sekalikan utk anak2 yang sambut birthday on Mac-April. Tapi keseluruhan persiapan sumer adik badik sedara mara terlibat sama. Majlis bermula sekitar jam 3 pm....
jadik pagi2 lagi kami dah bertungkus lumus masak.

Ni antara menu petang itu...Laksa penang, bihun goreng, lontong, kuih muih dan buah-buahan.


Kuih2 ni kita tempah je...sume kuih2 tradisional.. Bawah ni kitorang tempah dua orang badut utk cerikan majlis...ahahahhah... ni adik2 aku yg perasan comei... chaittt...

Masa nak potong kek ni dah agak petang...Yg keliling2 kek ni adalah Birthday gurl dan boy...Meerul adalah malu2 kucing nak potong kek...Bawah ni aku close up sikit ape tulih atas kek...

"Selamat Hari Lahir Anak-anak Tersayang - Suraya, Ain, Amirul, Athirah"

Budak kedai kek tu gigit jari je bila aku suh tulih panjang2...lantak la...kek aku besar pe...hihihihih...majlis berjalan lancar dan sebelah malamnyer adalah majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk arwah saudara mara terdekat.

Tuesday, May 19, 2009

Sukan Tahunan Tabika JPM

Peace Yoooo......

Sabtu lepas tabika ain adakan sukan tahunan. Lokasi: Sek. Men. Putrajaya (1), Precint 9. Dari malam lagi Ain sibuk excited sangat. Asyik la pesan jangan lupa kejut dia la..jangan lambat la nanti cikgu marah... sabo jela. Aku lak kul 5 terjaga, 5.30 terjaga lagi, kul 6 terjaga...tup2 jaga balik dah 6.45. Kelam kabut la pasal aku mmg tak suka lambat dari jadual. Cecepat bersiap..ain pun kejut senang je..mungkin dia pun termimpi2 gak kot... Amirul mula2 kata nak ikut tapi disebabkan dah lambat dan dia tido nyenyak lagi...aku tinggalkan dia ngan abahnyer je. Well apasal abahnyer tak ikut??? katanyer ade keje yg dah janji ngan orang dekat seminggu...takpe la... aku ada pun cukup..be positif..be posititf..hehehehe

Harith aku anto kat rumah kak siti. lepas anto harith terus ke P8 anto pain dan terus ke P9...padang tempat acara berlangsung. Aku sampai agak awal juga. Jam belumpun pukul 8..budak pun ramai belum sampai...tak caya nengok nih...

Masa ni ade la dalam 6-7 orang budak baru sampai. Aik kata kul 8... sementara tu aku dok kat parents area mencari rakan2 kaum ibu...heheheh. Nasib jumpa kak Fhariha officemate aku..ade gak kawan borak2. Dia datang awal gak....sambil penat tunggu acara mula jam dah dekat kul 9...aik...ade gak mak bapak yg baru sampai...aku ngan kak Fa membebel pasal kesian kat anak2 kita yg datang awal nih..lama menunggu mereka yg lambat. Jadik pada ibubapa yg baca N3 aku nih...tolong la ajar anak2 kita utk punctual... seboleh2nyer jangan la lambat sangat lebih2 lagi bila acara ni utk budak2.. bayangkan la kul 9 tu matahari dah agak terik.
See.... bila cermin mata aku dah tuko kaler bermakna hari mmg agak panas...
Ain masuk acara susun huruf ABC...dapat no. 1. Acara ain habis dalam kul 10.30.. akupun dah tak tahan panas dah terik no.... so kita putuskan utk balik je la...pasal dah takde acara utk ain... Jom balik kita rehat lak...

Seronok tengok anak2 menari, marching..lompat..hihihihih...tahun depan turn Amirul pulak....

Monday, May 18, 2009

Like Mother Like Children...



ok...utk N3 ni kita kembali masa zaman aku kecik2..ni aku ingat tak ingat tapi adik badik aku mesti ingat citer nih. Masa ni aku rasa umur aku dalam 4-5 tahun kot...abah belikan aku gaun baru utk raya (dulu kalau tak raya mmg tak dapatla baju baru). dan aku dengan penuh kreatifnya main dengan gunting dan menggunting gaun baru yg abah belikan setahun sekali itu...natijahnya..abah mengamuk kurung aku kat luar.....takuttttttt..abah dulu sangatla garang...


Kembali ke tahun 2009...tarikh semalam 17/5/09...aku sekeluarga macam biasa akan lepak2 di kebun. Minggu sebelumnya aku shopping baju budak2... telah berkenan T-shirt Poney new edition berharga RM26 sepasang yg mana aku telah membeli 3 pasang dengan niat aku suka tengok anak2 pakai baju sama jerk... Maka Ahad aritu pakaikan la kat budak2..... segalanya berjalan lancar hingga ke petang. Budak2 main kat dalam opis..kaler2 dan rupa2nya ada aktiviti GUNTING2 KERTAS. Dari gunting kertas...Amirul dengan penuh kreatif telah menggunting baju baru itu di bahagian dada sebesar duit 50 sen. Bila dai datang aku tunjuk baju yg telah digunting...maka roh singa akupun terus meresap masuk dan naya je la dia kene marah sampai menangis2.


baru je nak cool...ain lak datang..."ibu, ni amirul gunting baju kakak" sambil menunjukkan kesan gunting kat bawah baju....sakitnya hati aku maka berdas2 ain kene cubitan aku.... sakitnya hati aku pasal baju tu baru 1st time pakai.... dan memikirkan jumlah RM26 sepasang utk baju budak2 adalah sangat mahal pada aku...(tatau la kot korang kata murah.....korang kaya kot) Yang selamat hanyalah baju Harith sebab masa tu Harith tido.... sampai hari ni kalau terfikir balik sakit no hati aku...apasal la korang ulangi sejarah ibu ituuuu.......

Friday, May 15, 2009

tolong ...

Sesape leh tolong aku tak...apasal bila aku taip N3 dengan space dan paragraph yg cantik tapi bila publish dia jadik cam takde space..takde line spacing...tolong kasitau aku ape masalahnyer..puas aku godek2 ke aku yg buta....haiyaaaaa

Suka dan Tak Suka..

Pekebendanyer la yg suka dan tak suka nih. Lately aku makin perasan benda ape dalam kehidupan aku ni yg aku suka dan aku tak suka..... meh list out supaya aku leh ingat dan review bila menjelang tahun baru..ahahahah

Woish...tembamnyer puan blogger...wakakkaaka...ni antara senarai TAK SUKA dulu ehh...hehehhe


1) Akhir2 nih aku sangat tak suka FAIZAL TAHIR dan lagu2nyer...kalau dengar radio dalam kete aku akan tukar channel atau tutup terus bila dengar suara dia...so annoying..tak suka nyanyi jerit2 dan bingit...mintak mahap yer peminat dia dan penyanyi itu sendiri.....

2) Aku tak suka orang lambat bila berjanji. Means...aku tak suka menunggu. Dulu masa bercinta, janji kul 2...aku mmg sebelum tu dah sampai...tapi heran kodri lebih awal dari aku...tu yg menambat hati aku tuh...tapi sekarang...well...people change...

3) Aku tak suka rumah bersepah bila aku baru balik dari keje/kampung/ bila keluar rumah...keadaan rumah akan mengganggu perubahan emosi aku...wakakakka...

4) Aku tak suka orang nak mintak tolong aku tapi guna orang tengah. Ni jadik kat adik2 biasanya (suka suruh mak tolong tanyerkan aku)...kene call or msg aku sendiri dengan budi bicara sendiri utk mintak sebarang pertolongan. Akupun lebih waras utk berfikir dalam memberi sebarang pertolongan... wakakakka

5) Aku tak suka orang gedik... yukssssss...

6) Aku tak suka kucing..nape yer?????

7) Aku tak suka buat sesuatu bila berada dalam keadaan unprepared. Kalau takde dalam perancangan awal..mmg aku agak muncungkan bibir utk buat... tapi kadang tu buat jugak... utk jaga hati. Kita kene gak jaga hati perasaan orang hihihihih.... tu je la yg teringat buat masa nih...

Motif taruk gambar kawan2...hehehhe aku rindu diorang...dan kawan2 yg takde dalam gambo nih..teringat masa belajar dulu...syiokkkk. Ni lak senarai yg aku SUKA... suka tul......suka la...

1) Aku suka masak bila orang suka makan ape yg aku masak

2) Aku suka bahagiakan mak dan abah aku... sangat tak boleh utk kecewakan diorang..rasa berdosa besar je..hehehehe mmg la kan..kan

3) Aku suka bila rumah kemas dan lapang..selapang fikiranku...heavennnn....

4) Aku suka manjakan anak2 buah.... ye ker...yer la... tak caya tanyer diorang.. diorang sayang aku lebih ke atau ateh lebih..wakakakak... sure la aku menang... sorry ateh...wakakaka (saje je pasal tau dia dan adik badikku yg lain adalah silent reader aku..)

5) Aku suka bila suamiku bahagia... dia pun sensitip oooo...tapi kadang2 wat we give we will not get it back immediately or as we need...its always comes surprisingly (betul ke ayat aku nih..lantakla)... laki aku suka wat gimix.. cam raja lawak wakakka..(hanya aku dan dia yg tahu)

6) Aku suka bila orang mudah mesra dengan aku... pasal akupun bukan jenis diam je... akupun mudah mesra gitu...malu ai

7) Aku suka cium anak2.. aku suka cium suami..chaitttt....mmg ar, korang tak suka ke...rugi woooo

Tapi kadang kita kene follow the flow.... tak semua orang tau ape kita suka dan tak suka.... diam2 sendiri je la...yer la kan nak follow the flow...

Thursday, May 14, 2009

Transfer...transfer lagik

Aduhai...setelah aku transfer dari seksyen Makro pada 16 Jan 2009 ke Pejabat Dato' Mat Aron....harini 13 Mei 2009 aku ditukarkan lagi ke Pejabat Tuan Haji Sumali, Seksyen K-ekonomi, EPU, JPM.....
Kisahnya...Dato' Mat Aron dapat offer SUB Jusa B di MOSTI....aku tamoh ikut sebab aku tak dioffer ikut..lagipun payah aku dengan anak2 yg sekolah di Parcel B....opis MOSTI di Parcel C (dah la parking susah)....jadik lepas Dato' transfer...dekat 2 minggu aku takde bos dan takde keje...datang keje untuk mengulor...syok gak....ahahaha... Pagi ni...mmg pagi2 lagi orang admin dah call aku mintak terus ke K-ekonomi lapor diri...aiyoo...padahal transfer order lum kuar lagik...tup..tup...dalam 1/2 jam lepas tu transfer order pun masuk dalam email EPU...aduhai... dalam kul 8.30 PA pengarah K-ekonomi lak call mintak masuk meeting seksyen jam 9.30 pagi. Dek rasa hati mmg kene pindah, aku dah siap2 packing barang simpan dalam kotak (sebenarnya barang pindah aritu byk yg aku tak keluarkan)...zasssss.... kejap je aku pindah barang...tupun tolak troli sendiri..malas aku nak mengerah tenaga PAR pasal banyak songehnyer... Well, arini berblog di tempat baru...bos baru aku Tn. Haji Sumali...ok...first impression aku dia ni tegas orangnya...tapi macam tak cerewet...takpe la..gini la nasib jadik PA....

Wednesday, April 15, 2009

Baby's 6th sense..

Lama tak update..nak update event last week tak bawak camera lak arini...kalu tak boleh upload gambo2 same...tapi arini aku cam nak kongsi pasal baby 6 sense yang mana jadik kat aku.....gini kisahnyer...kedua2 kisah ni jadik masa aku dalam pantang Amirul dan Harith.
Kisah 1 - Masih berpantang selepas melahirkan Amirul
Mirul masa dalam pantang mmg kerap berjaga malam dan merengek. Memang betul2 menguji kesabaran lebih2 lagik masa dalam pantang. Mungkin dia tak puas nyusu kot pasal susu laju dan dia mudah give up. Jadi pada suatu malam (masa ni aku duduk umah mak sementara tunggu urusan rumah kat Equine Park selesai) mirul terjaga lebih kurang kul 2-3 pagi.... dia merengek macam ade sesuatu je. Puas pujuk tapi tak gak diam. Tah macamana aku fikir mungkin dia tak puas susu, jadik akupun ke dapur utk bancuh susu baby. Rupa2nyer malam tu abah sakit...sakit ape aku tak ingat, jadik mak masak air, tah camana mak terlupa bila kalut2 along(kalau tak salah) nak anto abah g hospital. Mak ikut sama....tapi dia tak ingat dia ade masak air. Sampai kat sepital baru dia teringat dia masak air...tepon2 kat rumah sape pun tak angkat..punyer la dia risau..maka disebabkan mirul nangis dan membuatkan aku terbangun, malam tu dia dah jadik penyelamat utk semua orang pasal masa aku tutup api tu cerek dah kering (cerek tak bunyik). Elok je lepas tu dia tido lena sampaila ke pagi.... ajaib kan.....
Kisah 2 - Lepas melahirkan Harith tapi masih dalam cuti bersalin
Yang aku ingat malam tu kita sekeluarga ke Tabung Haji sebab menghantar abang Kodri nak ke mekah (wat umrah rasanyer). Balik pun dah lewat jugak dan memandangkan kodri ade hal lepas dia anto aku kat umah mak then dia balik ke rumah di Equine Park. Malam tu aku tido la ngan anak2 je kat ruang tengah. Malam tu pulak Harith mmg selsema dan dalam kul 4 pagi gitu dia meragam tak leh tido. Puas aku susukan...idung pulak sumbat. Rasa tak selesa akupun bangun utk kasik Harith makan ubat selsema.... lepas makan ubat dalam kul 4.10 aku padam lampu dan tido balik. Baru je nak pejam mata..kira baru je lena la..... dalam 4.20 aku dengar bunyik krok..krek...dari bilik pain (adik aku)..kebetulan masa ni mek ni suka tido tak padam lampu... dan mungkin orang dan aim kot. secepat kilat aku bingkas bangun tolak pintu bilik dia...aku tengok dia dah pucat bila ade tangan lelaki masuk menghulur ke dalam bilik dengan sebatang pelepah kelapa yang hujungnya diikat sudip dan belakang sudip tu dilekatkan dengan gam tikus. Mungkin pencuri tu harap dia dapat lekatkan maybe wallet atau hp. Aku dengan gaya seorang wira terus jerit "WOI...KAU NAK HAPA HA" apesal aku jerit gitu pun aku tatau..sambil tangan aku tarik pelepah kelapa tu..so adegan tarik menarik tu ade la agak2 1-2 minit..pastu dari mana aku dapat kuasa terus aku patahkan pelepah kelapa tang hujung tu...(alah...bukan besau no pun pelepah tu). Then baru aku jerit panggil abah aku...tapi pencuri tu dah lari..... Yg syoknyer aku tak sedar langsung aku dah pegang sudip yagn digunakan...sampai le abah datang. Calar2 jugak la tapak tangan aku main tarik2 ngan pencuri tu..... gigil gak satu badan....
bila terfikir balik kebetulan ke yer kedua2 kejadian nih...mungkin jugak. Atau mungkin baby ni ade 6th sense......

Tuesday, April 7, 2009

Ape nak buat.....



Suspen je tajuk....hehehe ni ha rutin budak bertiga nih. bila balik umah je mesti main tulis2..jual2..lompat2...budak2kan... semalam main jual2 buku kot..habis buku2 ain & meerul yg aku belikan dan buku sekolah ain tahun lepas digeledahnyer. mula2 tu dari lantai bilik budak2 sampai keluar bersepah..bila aku marah... ain amik bakul kain masukkan dalam tu sumer...aduhaiii

Tengok la tu..geramnyer aku.... yg jadik otainyer ni ha si baju hijau nih...

Macam2 aje yg nak disepahnyer..semalam aku mmg sakit pala sikit..sebenarnya dekat 2 minggu dah asyik sakit pala je..bila g klinik darah ok....doktor tanyer aku strees ke....hehehehhe...entah yer..ade gak kot...mau tak stress balik keje penat2..askar dah berperang....


Naik berbuih mulut aku...

Ini budak pun tak padan kecik join sama... Ape nak buat...redha je la...karang ibu gak la kene kemas balik tuh...

kelip-kelip ep2

Ha.... ni dia dah ready utk naik sampan utk tengok kelip2. Ape2pun kene pakai life jacket dulu... dari mak bapak sampai ke anak2 diwajibkan pakai. Kalu nengok sampannyer mmg cam...selamat ke ni..hehehhe

Tengokla..memula harith mmg excited...tapi mentara tunggu giliran nak naik sampan dia dah naik rimas

Tengokla dia main wisel pulak..kejap lagi dia meronta2 nak bukak la tu. Sampan cuma boleh memuatkan 5 orang..kalau dewasa badan sedang2 tu lepas la.... maka kami 5 beranak naik la satu sampan... Mmg kat jeti je terang... bahagian nak tengok kelip-kelip tu gelap gelita. Yerla kalau terang tak nampak la kelip2nyer ye tak


Tengok tu Harith dah tak pakai life jacket. Mmg cantik giler pemandangan kelip2 ni..macam krismas tree....mmg byk giler...jenuh jugakla nak pegang budak. Tambahan pulak bila dah mule meronta nak tangkap kelip2

Tengok tu...mula dah.. Sian kat aku..kiri kanan peluk anak2..takut pun ade..maunyer tak kiri kanan depan blakang air oooo...gelap lak tu. Ni Harith meronta bila abang pendayung dekatkan sampan ngan pokok2 bakau. Dia sibuk nak tangkap kelip2. Merul gak steady siap main tiup2 wisel..puas aku marah..yer la wisel ni kita tiup bila kita dalam kecemasan...karang tak pasal2 orang ingat kita tengah kecemasan lak....

Keadaan semakin tak terkawal..maka aku terpaksala buat citer2 bohong utk tenangkan budak bertuah nih...buat2 babai kelip2..babai bintang... babai bulan...aduhai...

Tengok dua beranak ni..aman dan tenang je...leh siap tangkap kelip2 simpan dalam tangan....apepun bila budak2 enjoy...akupun enjoy..."Lain kali kita pegi sini lagi yer ibu".... insyaallahh....

p/s: Aku cuba amik gambo kelip2 tu...tapi tak nampak ape..gulap gulita je..so takyah tunjuk la..korang taukan gelap tu camana... hihihih

Monday, April 6, 2009

Kelip-kelip

Ni update lawatan tapi dah berlalu dekat 2 minggu... Pada 28/3/09 satu opis aku setuju nak wat lawatan ke Kampugn Kuantan, Kuala Selangor...Pe ade kat sana??? hehehehe jawapannyer... kelip-kelip. Aku dah inform anak-anak dari awal Mac..jadi mmg diorang excited sangat2. Hari2 tanyer bila nak pegi....


Ni aku tengah sibuk melayan Ain ngan Harith...Merul duduk ngan babah la yer. Kita bahagi sama rata.

Sebelum ape2 kita dengar taklimat dulu. Tapi dek kerana ramai kanak2 ribena..sampai tak dengar la ape yg orang TNB ni cakap. Aku jangan kata la..sibuk melayan budak2 yg mmg lasak...mmg tak dengar langsung...

Sebelum tengok kelip2 kita makan dulu. Menu petang tu Mee kari (mmg terasa kekariannyer), popia ngan puding. Budak2 ni makan main2 je..aku ngan abahnyer yg kenyang. Lepas makan segala kita tunggu nak sembahyang maghrib kat masjid dekat sini...dah gelap baru la boleh nampak kelip2. Gambo kami atas bot sumer aku lum upload...so kita skip tang tu yer.... dan lepas penat2 melayan kerenah anak2...kita dibawa oleh pegawai2 TNB utk g makan malam kat Jeram....
Tak nampak aku...mmg la..aku sekeluarga nun kat ujung meja tuh. Mmg makan betul..menu nyer siakap masam manis, sambal udang, sotong goreng, kerang bakar, pari bakar, sayur, tomyam ketam...peh...mmg sedap pasal seafood dia segar2. Ketam kecik tapi manis tak ingat...leleh air liur aku sesambil tulih ni...wakakakka

Nantikan gambar2 atas bot@sampan yer.......


Thursday, April 2, 2009

CTOS dan hal berkaitan

Tensen..tensen... tengok tajuk kat atas pun dah tensen..
Kisahnyer gini..aku dan hubby tengah apply loan rumah.. la ni dah masuk bulan kedua tak lulus2 lagik. Yg menjadi hal adalah nama aku telah diblacklistedkan oleh CTOS. Cek sana-sini pasal seingat2 semua loan aku wat potongan gaji. Kata Bank aku tu..aku blacklisted sebab akaun KOBENA aku..(yg aku pinjam sebelum kawin lagi dan berkurun dah close akaun)...ape lagik..aku carik no. Kobena terus call tanyer. Yg aku bengangnyer diorang ni kejap pas aku no ni..pastu orang ni pas no. lain lak...dekat 5-6 orang aku dipaskan. Bila cek depa kata aku blacklisted sebab ade outstanding RM50.00... tak ke gila..kalau 50 ribu tu takpe gak..pastu musykil..mana lak datang 50 hengget tu. akupun amik cuti pi ngan kodri serang pejabat RCE Marketing kat Bangunan Am Asssurance... Laki aku dah bising2 dah ...sia-sia cina tu kene maki ngan laki aku. Ingatkan lepas buat payment dan dapat release letter semua dah settle.....
Semalam Bank call lagi...katanyer nama aku tak clear lagi...ade akaun KOBENA outstanding RM12,000.00... hamik ko...ni yg aku bengang nih...ape lagik yg tak settle nih. Dan2 tu call Kodri mintak bersiap...kita serang pejabat CTOS lak... aku nak tengok sendiri apekebenda yg tak settle lagik tuh. Aku drive amik kodri kat kebun (dan maklum dia mmg tengah penat) we all terus ke Pejabat CTOS di Megan Avenue... terus mintak diorang print semua butiran blacklisted. Bila tengok report tu laki aku terus meletup..kenape??? pasal yg blacklisted lagi tu adalah akaun KOBENA-RCE Marketing yg kitorang dah pi settlekan last 3 weeks.
Kodri mmg nampak marah sangat...dia call balik cina yg kitorang jumpe aritu..mmg teruk la cina tu kene maki ngan laki aku...siap L****U sumer kuar... aku siap urut2 belakang dia..."sabar bang"... Cina tu pun siap sound "Encik jangan cakap busuk la"...laki aku jawab... "abis U tak busuk ka buat macam ni...U tau keja ka tak tau keja..kasi susah orang..sekarang saya mau U delete nama bini saya dari U punya database...bla..bla..." mmg marah betul.... then aku mintak orang CTOS print balik report tengok dia dah delete nama aku dari sistem ke belum....See...dalam kurang 5 minit nama aku dah clear.. Laki aku lak sibuk nak g gak pejabat RCE...nak mintak penjelasan+maki+lepas geram+buat aduan pasal Legal Executive yg uruskan kes aku...
Panjang citer nih...hahahaha
Sampai RCE dalam kul 4.05 pm....yg intertain aku dan Kodri adalah Pegawai atasan RCE...kitorang pun ape lagik complain la dari A-Z... dia tetap menangkan tindakan pihak dia..kejap kata CTOS salah...kejap kata Bank Rakyat gitu gini...dia tak salah gamaknyer.....ok...aku kata aku nak jumpe Mr. W yg kita jumpe last 3 weeks...bila officer tu datang dia jawab ape korang tau.... "KITA SUDAH SALAH KEY IN NAMA PUAN.... SUDAH KEY IN NAMA ORANG LAIN..NAMA ROSNANI BUKAN ROHANI....akhirnya dia ngaku salah dia..What the hell are u doing... don't u realise my IC is different... Why can't u detect the problem...bla..bla... laki aku pun dah naik angin. Our last word... saya mau tengok my detail akaun..saya mau tau itu 50 hengget datang darimana..kalau dulu I don't mind to know it...but now I do... I want details..U just tell me when I can get the details... la...laki aku nih tak puas hati lagi...padan muka korang...wat keje nyusahkan orang...
Peringatan utk kawan2 yg ade buat loan koperasi korang cek la betui2 bila tarikh last bayau dan dapatkan release letter dari koperasi berkenaan. Jadik cam aku sangat menyusahkan.... loan rumah tu dah drag dekat 2 bulan sebab diorang punyer salah.......

Friday, March 20, 2009

Peluk cium anak2... tanda kasih sayang tulus ikhlas...

Lama dah aku perasan satu benda nih. Yerla dulu kalau bujang bangun pagi kita dengan diri kita je. Tapi bila dah berkeluarga dan ade anak-anak nih.... sesuatu yang menjadi perkara kesukaan aku tiap2 pagi adalah peluk anak2 yang baru bangun dari tido......
walaupun anak2 baru bangun tido aku suka cium... giler aku mmg suka bau anak2 bila bangun tido... walaupun macam masam2 manis gitu aku suka... tapi bila dah besau macam dak ain dah busyuk dah pasal tido suka kuar air liur basi. Tamoh chium kakak la...ibu slalu cium kat dahi je utk kakak sambil pelukan pagi.
Kalau harith bangun pagi dia akan carik aku dan biasala akupun bila dengar anak panggil aku...lantas aku depang tangan peluk anak2. Susah digambarkan perasaan watku itu..rasa sangat diperlukan sebab anak2 pun macam rindu je kat aku..syiokkkkk
Amirul pun gitu jugak. Kodri selalu cakap aku pilih kasih antara merul dan harith...tapi sebenarnya tak...hati ibu mana yang tak sayang anak. Manja anak2 nih lain-lain caranya. Mungkin jugak sebab jarak merul dan harith yang rapat jadik aku lebihkan perhatian kat harith. Kalau dilihat dengan mata kasar merul lebih manja dengan abahnya. Tapi tiap2 pagi kalau dia bangun awal perkataan pertama keluar dari mulut dia mesti "ibu". Akan carik dan peluk aku dulu. Aku masa kecik2 dulupun ape2 hal mesti carik mak... sampai ke besar ni pun masih carik mak dulu.....
Tak tau la orang lain...tapi aku sangat suka peluk anak-anak. Pada aku ni antara satu cara kita berkomunikasi bukan lisan dengan anak2. Dengan pelukan je boleh menggambarkan betapa kasih dan sayangnya kita pada anak2. Pernah dulu aku dengar orang bercerita "kenapa baby bila kita peluk dia akan rasa tenang..." dan biasanya kita peluk baby kat belah kiri...sebabnya bayi boleh dengar dan rasa denyutan jantung ibunya dan menyebabkan bayi rasa tenang dalam pelukan. Jadik rajin2 la peluk anak-anak anda....

Thursday, March 19, 2009

Tahniah Shireen....

Tahniah Shireen atas kelahiran putera ketiga... tak kisah la putera ke puteri... asalkan sihat walafiat. Sempat jugak datang tengok shireen & baby kat sepital even dah petang.... kalau tak g tengok tak senang hati aku..yer la...ni la antara kawan2 rapat aku..banyak susah seanng dah lalui bersama.....apepun TAHNIAH Shireen dan Acit....
Menyusul lepas ni kak Ema dan Apai.. aku??? entah la..ade rezeki sok ade la...tapi wat masa ni nak berehat dulu sambil tumpukan sepenuh perhatian pada permata yang tiga butir nih.... seronok tengok anak2 membesar depan mata.....

Wednesday, February 25, 2009

Laksa...Laksa..


Sebenarnya lama dah aku buat laksa nih..ade la dalam 3 minggu sudah..itupun lepas nengok blog apai pasal makan laksa. Terliur aku dibuatnya. Maka ujung minggunyer akupun dengan penuh iltizam...buat gak laksa...dari menjamu keluarga sendiri..aku ajak mak, abah, adik-beradik makan laksa kat umah...

Kuah dah pun siap..sedang mendidih sambil menghamburkan bau harum daun kesum..tak sabo...tak sabo

Ni lak antara bahan2 lain...masa ni aku beli laksa kilo (1 kg) tapi aku rendam gak laksa kering...kata panggil ramai orang makan..harus la bersedia. Abaikan je sudu, garfu dan senduk2 kat belakang tu. Aku takleh taruk dalam laci..nanti habis sumer tu dok kat ruang tamu dibuat main ngan si harith

Ni aku dah siap hidang..tunggu diorang datang makan...nyum..nyum..

Apasal la diorang ni lambat sangat...tak sabo ar..aku makan dulu la.. hehehe ni first round. Betul kata apai...kalau kita masak sendiri lebih puas pasal makan boleh berulang2 tambahnyer.....tak caya???

Setapppppppnyaaa....aku tambah lagi..lalala...takpe.. laksa manyak lagi...

Tuesday, February 17, 2009

Geng.. Pengembaraan Bermula...

Semalam g tengok citer nih... mmg best sangat..sangat berpuas hati..korang kalau tak pegi tengok lagi ...bawakla anak2 tengok...

Sukenyer Aku...

Apasal aku suke sangat??? hehehehe... ain dah pandai mengeja perkataan2 mudah. Aku tengok semangat dia untuk belajar sangat tinggi. Tiap kali nampak satu perkataan mula la dia cuba nak ingat huruf dan bunyinyer. Pastu tak habis2..ibu..ni camana nak eja...sampai aku lak yang tak larat. Masa balik kampung aritu abah dia janji nak belikan buku... malam tadi g IOI Mall ingat nak g popular carik buku ain... sekali diorang tutup 2 hari pasal buat kiraan stok.. sian ain. merata2 jalan carik kedai buku lain tapi takdak...lastly, masuk jusco...tapi takde buku kerja. Last sekali aku pujuk ain beli buku tulis...aku nak ajar dia menulis...ala macam buku tulis kita kat sekolah tu... baru sejuk sikit hati dia. Arini janji nak g carik buku lagi... takleh tak carik sebab dia sangat ingat pada janji..kalu tak sebulan pun dia leh ungkit lagi....
Aku tak tau la kot anak orang lain dah bole baca masa umur dia macam ain...tapi aku akan tetap berusaha....

Mertua Vs Menantu


Tajuk tak hingat tuh... cam drama
lak. Aku cuma nak kongsi perihal 2 insan ni...mertua * mak kepada suami
kita..hahahha menantu..macam aku la..bini laki aku..kuikuikui...

Kalau mula2 kawin dulu bukan la aku tak suka mak mertua...tapi biasa la masa ni kita pun dalam proses mengenali sebuah keluarga yang asing dalam hidup kita. Semua terasa baru.. masakannya, tabiatnya, perangainya.... mula la rasa tak best gitu.... Kalau mak mertua aku mmg dia sangat suka berleter heheheh... kadang akupun tatau
ape yg dia leterkan memandangkan loghat kedah yang agak pekat dan aku masih belum dapat faham ape yang dia nak kasitau aku.


Kalau dulu aku banyak diam dari bercakap....aku tak pernah bantah atau tarik muka depan mak mertua. Even aku tak suka pasal mak aku dah pesan...mak mertua tu kalau kita derhaka sama la macam derhaka mak sendiri...tapi kekadang komplain gak ngan hubby..mak awak ni....gitu gini... tapi biasa la kitapun tak suka orang mengata mak kita kan.... suami pun gitu
jugak... Lepas 6 tahun kawin ni...dan lepas kematian satu2nya adik ipar perempuan aku raya 2 tahun lepas...mak mertuaku banyak berubah. Lebih lembut dan mesra dengan menantu... Khamis minggu lepas aku amik cuti 2 hari... balik ke kedah. Rasa lama dah tak balik ade la 2 bulan gitu. Bila kita balik nampak sangat
mak sangat la suka... mak tak macam dulu..walaupun kadang agak keras tapi
aku dah boleh terima cara dia. Yerla..sebagai menantu kita kene lafaham dan terima apepun. Prinsip aku... biarlah selagi tak mengganggu gugat rumahtangga aku.... apepun aku akan beri layanan dan kasih sayang terbaik macamana aku sayangkan suami dan mak abah aku. Aku ingat ade seseorang pernah cakap ngan aku... selama mana sangat kita ni nak berbakti ngan orang tua kita... bukan depa nak menongkat langit..masa ni je
la kita nak buat pahala.... aku sangat ingat ayat tuh..dan tak pernah lupa doakan juga kesejahteraan ibubapaku dan ibubapa mertuaku dalam doa setiap kali solat.

Moga dapat keberkatan.... teringat mak nangis masa aku nak balik ahad lepas..sian dia..mesti sunyi bila anak cucu sumer balik KL

Thursday, January 22, 2009

Perkara yang kadangkala kita ambil ringan...

Salam sumer.. lama tul tak update. Maklumla akukan baru pindah tempat baru, network pun takdak lagik. Ni pun atas inisiatif sendiri carik wayar internet panjang amik line dari bilik bos aku. Harapkan admin.. lum ade ape2 tindakan sedangkan dekat 2 minggu dah aku kat sini.
Pagi ni aku ade satu insiden melibatkan aku dan satu driver bongok. Ok..tengok tajuk atas pun cam suspen..ape benda yg kita kadangkala amik ringan... aku nak mengkhususkan pada pemanduan kenderaan. Pada aku sangatla penting fungsi benda ni iaitu "SIGNAL". Aku mmg jarang lupa menggunakan benda ni walaupun utk masuk simpang yg belakang aku takde kenderaan sebab dah terbiasa. Pagi ni aku gerak cam biasa.... dengan kelajuan biasa dan yang dibenarkan melalui LDP 90km/j...aku pakai lane tengah...tah camana tiba2 ada satu driver pompuan bongok yg dok lane kiri sekali dan bawak cam kura2 nih kuar ke lane aku tanpa "SIGNAL" secara tiba-tiba yang mana jarak aku ngan dia masa tu kurang 10m... bayangkan la aku yg selaju 90km/j dia lak dalam 50km/j dalam 10m bole tak aku brake dan tak langgar dia...agak mustahil bagi kereta kokak cam myvi aku tuh. Maka aku dengan agak marah hon dia dengan panjang sebab akupun terkejut..... kalau aku straightkan stereng sure aku langgar bontot wira dia..maka aku dengan skill yg ade elak ke kanan..Syukur lane kanan mmg takde kenderaan pasal belah kiri kete banyak...kalau ade kete yg laju dari aku masa tu mmg aku, adik aku dan ain maut pagi tadi. Jadi pada aku lelaki ke pompuan ke yg bawak kete sama je...kita kene selalu aware dan beware..nak masuk kiri kanan kene pastikan jarak kenderaan lain dan agak2 la kelajuan orang lain takkan nak ikut suke hati ko je bawak makan angin dok lane kanan. Dan yang paling penting gunakan signal yg ada sebagai alat komunikasi di jalan raya. takkan ko nak kuarkan pala ko pastu tunjuk ko nak masuk kanan sambil jerit kat orang belakang..kan ke bodoh tu. Kita pasti faham bila tengok signal orang lain. Gunakan jangan jadikan hiasan. Kalau agak2 tanak guna g suh proton takyah pasang signal tu pasal menyemak je. Lagi satu triangle yang kita gunakan bila kete kita rosak ke ape ke. Pagi ni aku terserempak satu kete diparking dekat simpang masuk tanpa diletakkan triangle tu. Masalahnya waktu tu hari masih gelap dan di waktu puncak gini kete mmg byk dan mengejar waktu. Sangatla bahaya kalau ade kereta yang tak perasan (kaler kete dah la itam) dan terlanggar...kan bahaya tuh. Tu yg selalu jadik kat highway orang terlanggar lori yg parking kat lane kecemasan bagai...mmg la byk faktor lain tapi sebagai pemandu yang bertanggungjawab..kita bukan sahaja kene pastikan kenderaan dan penumpang dalam kete kita selamat begitu juga pemandu lain. Timbang rasa la sikit..orang lain pun nyawa mahal gak..bukan leh dapat 3 singgit......

Tuesday, January 13, 2009

Aku kene temberang...

Kan N3 aku sebelum ni ade citer ain ngadu sakit kaki... oleh kerana kekerapan dia mengadu tu menjadi2...plus pagi semalam masa nak g sekolah dia ngadu lagi... sampaikan nak jalan dari parking ke sekolah pun dia jalan cam orang takde lutut. Pelan2 jalan..bila tanyer sakit ke kak..."sakit" katanya..sakit camana?? "cam pedih je" serius je bunyiknyer tuh. Sampai opis aku surf internet pasal sakit2 sendi then jumpa satu artikel pasal "Atritis - usia muda tidak terkecuali". Bila baca kanak-kanak juga tidak terkecuali untuk mendapat penyakit ni dan simptom2nya ade sikit2 macam yang ain ngadu kat aku, tengahari tu aku tekad nak bawak dia g klinik utk cek. Dalam kul 12.30 aku g sekolah amik dia. Kasitau cikgu nak bawak g klinik. Balik opis tuko baju akupun berdesup terus g klinik Putrajaya... Ain mula tanya nak buat ape ibu "nak jumpa doktor la, kakak kan selalu kata kaki akak sakit, kita cek la" tapi...."Tanak la bu, mana ade sakit" "abis pagi tadi kakak tak boleh jalan kata sakit kaki"... "sebenarnya kakak tipu ibu je" Haaaaaaaaaa!!!!!

Aku : Abis akak selalu kata sakit kaki tu sakit ke tidak??
Ain : (Senyum kambing) tak..kakak tipu ibu
Aku : Abis malam2 akak selalu kata akak sakit kaki tu sakit ke tidak
Ain : Senyum lagi...tak...
Aku : Abih ni dah sampai klinik nak jumpa doktor ke tak nak
Ain : Akak tak nak.. mana ade sakit kaki
Rasa cam nak cobit2 je budak nih. Dah sampai klinik baru cakap tipuuu.. aduhai... aku tanyer nape kakak tipu...dia tak menjawab, cuma senyum je. Bila aku cerita kat abah dia...dia leh kata.."Jahat la ibu ni, jangan la cerita" tau malu..hahahaha nak cerita gak. Lastly alang2 dah sampai klinik aku je yg jumpe doktor pasal aku mmg sakit lutut( otot tak kuat) pasal pernah cedera masa main netball.

Transfer...

Semalam kak fiza call aku tanyer dah berkemas ke... aik..kemas...umah dah lama kemas pasal pindah puchong dah berbulan2...rupa2nyer aku kene transfer ke section lain. Herm..lepas je kak fiza call, En. Nik panggil aku kasitau berita tuh. Dia kata dia dah consult my bos Mr. Allauddin...tapi bos aku wat selambe je...tak cakap ape2 pun. Sedih??? sedih gak pasal bos aku sangat la baiknyer dan sangat la sportingnyer dan sangatla understandingnyer.
Masuk kali ni rasanyer dah kali ketiga aku dapat offer transfer. Pertama masa Dato' Dr. Rahamat Bivi offer aku ikut dia g treasury, tapi aku tanak ikut pasal masa tu post N22. Kedua masa admin call tanyer aku utk jadik PA Pengarah seksyen keselamatan..aku tanak gak..ni kali ketiga aku dilamar..chewah.. utk jadik PA Dato' Mat Aron Deraman, Pegawai Pakar, Pasukan Petugas Khas Dasar Tenaga. Semalam aku dah kasik kata putus, aku setuju.. maka sekarang tunggu transfer order dari admin je.
Kenapa aku setuju??
1. Bakal Bos baru ni pun baik dan kelakar. Ikut cerita orang...
2. Aku nak ubah angin..
3. Entah kenapa aku nak lakukan perubahan secara peribadi pada prestasi, penampilan diri dan...... kerjaya aku
4. Aku nak jadi sesuatu.. impian nak further study... ade kene mengena ngan transfer ke..hehehehe takde kan..
5. Bosan?? tak jugak... cuma.. nak cabaran baru. Upgrade diri

Sindrom Hagemaru


Camana yer nak kasik budak kecik cepat tido??? pening aku pasal si Amirul ni ade habbit tido lewat sampai kadang kul 2 pagi dia tak tido lagik. Leh tahan tengok TV pastinya saluran 611 Astro Ceria...cerita kegemaran "HAGEMARU".. memanjang nak tengok hagemaru macam la astro tuh leh pasangkan utk dia 24 jam. Udah le tido lambat, mulut lak pok pek pok pek..tak berenti2 bercakap sambil tengok tv. Ni malam tadi punyer cerita... dah kul 12.30 tamoh tido lagik padahal adik ngan kakak dah lama terbongkang tido....

Dah malam asyik la main lagik. Masa nih dia sibuk tengok abahnyer isi bubu dalam lori. Well, laki aku kan nelayan darat...akekekeke.. esoknyer nak g dame pangsun..tahan bubu. Hati-hati yer bang..Mulut amirul ni becok sangat. Aku siap marah2 suh diam pasal orang sebelah umah dah tido (akukan baik...tak suka kacau orang)hehehe




Tengok..umah diorang dah gelap dan sunyi sekali.. tapi suara dak mirul macam masa ni kul 12 tengahari...



Laki ku yg sihat tak berbaju..seksi u. Sibuknyer la budak nih...akhirnya malam tadi kul bape dia tido aku pun tatau...tak larat nak tunggu..


Monday, January 12, 2009

Ann & Hubby



Sorry ehh...ni utk kawan2 yg tak tengok hubby ann lagik...ni yg aku dapat amik, masa depa berarak aku tak sempat amik pasal depa pun berarak agak lambat...


"Selamat Pengantin Baru Ann & Rahmat Zuhairi"

Kaki Buli... Nak kene nih

Ngape abang biasanya selalu mengalah...tapi ade gak abang yg suka buli adik. Anak aku ni lain lak..abang ni mmg dia takkan buat adik kalau dia tak sakit hati. Kalau adik wat sikit2 tu dia wat derk je..tengok jela gambo ni ha... masa ni kitorang nak kuar..adik ni mmg suka je buli abang. Takde pasal saje je carik pasal..


Adik sedang wat aksi sondol menyondol... abang lak leh nangis je.., sikit pun tak lawan..
Adik gigit belakang abang lak... abang nangis nak elak, tapi tangan dia tak lawan lagik tuh... mmg la adik naik minyak...


Akhirnya PBB kene gak masuk campur pasal adik dah over sangat. Tengok tu muka dia selambe je kene marah ngan abah dia..betui la ko ni dik... Sian kat abang. Kalau ikut aku, aku akan kata.. " jangan buat adik..adik kan kecik" even adik yg mulakan dulu..But, the Abah say "cuba abang pukul adik balik, biar dia rasa sakit nanti dia tak buat lagi la"...ibu kata jangan, abah kata buat...anak2 gak pening..hehehehehe

Ain dah baik demam...


Alhamdulillah saturday morning ain dah baik dah...but still tak putus makan ubat. But then, dia jadik lebih rajin lak...tengok la aksi dia ujung minggu nih...hehehehe. Aku dah masak dia suapkan adik makan lak.. yg adik tanak aku suapkan, nak nasik kakak...sampai licin pinggan..

Lepas makan, kakak nak cuci pinggan sendiri...herm..yer la.. aku perhatikan je dia buat..sama tak macam yg aku selalu buat.. Tapi membazir tul bukak air laju2 masa tengah sabun pinggan...takpe2 ibu bayau...


Lepas sabunkan pinggan, kita bilas dulu...sempat lagik jeling kamera...


Kita pose dulu...ewah...rajin la tuh. Bagus anak aku nih

Lepas siap cuci, kita kene la lap keliling sinki tu supaya kemas dan teratur..sebijik macam ibu selalu buat, itu le kepimpinan melalui teladan... chewah-chewah-chewah...


Gitu ler..ringan la sikit kalu time2 dia ni rajin..opsss..ade lagik dia buat lepas nih....ni ha...dia amik penyapu sapu lak tempat dia makan tadi...pasal mmg terabur sikit




Buat selalu macam gini yer kak...kurang sikit ibu nak mengemas..hihihih...untung gak anak sulong ni pompuan..leh tolong2...tapi kalu anak lelaki pun kalau diasuh bole jugak kot....shireen..apai...jgn susah hati yer...