Wednesday, April 15, 2009

Baby's 6th sense..

Lama tak update..nak update event last week tak bawak camera lak arini...kalu tak boleh upload gambo2 same...tapi arini aku cam nak kongsi pasal baby 6 sense yang mana jadik kat aku.....gini kisahnyer...kedua2 kisah ni jadik masa aku dalam pantang Amirul dan Harith.
Kisah 1 - Masih berpantang selepas melahirkan Amirul
Mirul masa dalam pantang mmg kerap berjaga malam dan merengek. Memang betul2 menguji kesabaran lebih2 lagik masa dalam pantang. Mungkin dia tak puas nyusu kot pasal susu laju dan dia mudah give up. Jadi pada suatu malam (masa ni aku duduk umah mak sementara tunggu urusan rumah kat Equine Park selesai) mirul terjaga lebih kurang kul 2-3 pagi.... dia merengek macam ade sesuatu je. Puas pujuk tapi tak gak diam. Tah macamana aku fikir mungkin dia tak puas susu, jadik akupun ke dapur utk bancuh susu baby. Rupa2nyer malam tu abah sakit...sakit ape aku tak ingat, jadik mak masak air, tah camana mak terlupa bila kalut2 along(kalau tak salah) nak anto abah g hospital. Mak ikut sama....tapi dia tak ingat dia ade masak air. Sampai kat sepital baru dia teringat dia masak air...tepon2 kat rumah sape pun tak angkat..punyer la dia risau..maka disebabkan mirul nangis dan membuatkan aku terbangun, malam tu dia dah jadik penyelamat utk semua orang pasal masa aku tutup api tu cerek dah kering (cerek tak bunyik). Elok je lepas tu dia tido lena sampaila ke pagi.... ajaib kan.....
Kisah 2 - Lepas melahirkan Harith tapi masih dalam cuti bersalin
Yang aku ingat malam tu kita sekeluarga ke Tabung Haji sebab menghantar abang Kodri nak ke mekah (wat umrah rasanyer). Balik pun dah lewat jugak dan memandangkan kodri ade hal lepas dia anto aku kat umah mak then dia balik ke rumah di Equine Park. Malam tu aku tido la ngan anak2 je kat ruang tengah. Malam tu pulak Harith mmg selsema dan dalam kul 4 pagi gitu dia meragam tak leh tido. Puas aku susukan...idung pulak sumbat. Rasa tak selesa akupun bangun utk kasik Harith makan ubat selsema.... lepas makan ubat dalam kul 4.10 aku padam lampu dan tido balik. Baru je nak pejam mata..kira baru je lena la..... dalam 4.20 aku dengar bunyik krok..krek...dari bilik pain (adik aku)..kebetulan masa ni mek ni suka tido tak padam lampu... dan mungkin orang dan aim kot. secepat kilat aku bingkas bangun tolak pintu bilik dia...aku tengok dia dah pucat bila ade tangan lelaki masuk menghulur ke dalam bilik dengan sebatang pelepah kelapa yang hujungnya diikat sudip dan belakang sudip tu dilekatkan dengan gam tikus. Mungkin pencuri tu harap dia dapat lekatkan maybe wallet atau hp. Aku dengan gaya seorang wira terus jerit "WOI...KAU NAK HAPA HA" apesal aku jerit gitu pun aku tatau..sambil tangan aku tarik pelepah kelapa tu..so adegan tarik menarik tu ade la agak2 1-2 minit..pastu dari mana aku dapat kuasa terus aku patahkan pelepah kelapa tang hujung tu...(alah...bukan besau no pun pelepah tu). Then baru aku jerit panggil abah aku...tapi pencuri tu dah lari..... Yg syoknyer aku tak sedar langsung aku dah pegang sudip yagn digunakan...sampai le abah datang. Calar2 jugak la tapak tangan aku main tarik2 ngan pencuri tu..... gigil gak satu badan....
bila terfikir balik kebetulan ke yer kedua2 kejadian nih...mungkin jugak. Atau mungkin baby ni ade 6th sense......

2 comments:

jesnita_ns said...

wah!..gigil aku baca kisah pencuri tu..hiks..klau aku mau agaknaya..tarik pelepah tu pastu lepaskan..sure tergolek pencuri tu..hahahhaha

Ani said...

Salam,

Tumpang iklan....

Come and visit us at http://eazyshop2u.blogspot.com for a good quality, branded and affordable children clothing.

TQ