Wednesday, December 9, 2009

Aku hari ini....

Lama tak citer hal keje. Aku kene transfer buat kali ke 3 tahun ni. Bukan sebab aku bermasalah tapi sebab bos-bos yang aku serve sumer orang suka jadik senang-senang je diorang tarik bos aku kuar. Dato' Mat Aron ditarik ke MOSTI kemudian pindah masuk semula ke EPU, then ke UKAS..last aku dengar dia di JPA...sian gak dia lagi sana sini kene pegi.

April 2009, aku serve Tn. Haji Sumali. Very soft spoken person..yang membuatkan aku kagum sebaik sampai opis dia mengaji dan solat sunat. Kalau aku nak brief dia pun lepas 8.30 selesai solat dan mengaji. 6 bulan serve Tn. Haji..dia ditransfer secara tiba2 untuk projek khas YAB PM. Mula la lepas tu aku macam dah tau nasib aku yg pasti kene transfer. Lastly, aku diminta serve En. Husain Yaacob, TImb. Pengarah Bajet Pembangunan. Syukur Alhamdulillah..semua bos yang aku dapat semuanya sangatttttttt baik. Aku takde pengalaman lagi la ngan bos yang cerewet, kaki baran, kaki umpat...bla..bla..

So sekarang di sini la aku sampai arahan transfer seterusnya atau rezeki naik pangkat. Syukur sebab walaupun mula-mula kekok..aku dah boleh sesuaikan diri ngan suasana kat sini. Tapi masih sangat sayang ngan geng masa kat Makro...cc, kak zana, fidah... dan kawan2 kat K-Ekonomi kak D, kak ita, eena, lisa, Pn. Raudah, kak mie...rindu la ngan geng2 nih..sumer best gilos.

1 comment:

paij188 said...

syok plak dgr cite akak, even though kena tukar2. saya baru lepas chat ngan adik akak, kempunan nak makan nasik lemak. ajak dtg, x dtg2.