Wednesday, December 9, 2009

SEMINAR PEMANTAPAN KELUARGA: 'Suami Curang, Isteri Nusyuz'

Selasa, 8 Disember 2009, Auditorium E

Aku ke seminar ni yang mana tajuk kat atas tu cam menarik je. Banyak yang dibincangkan termasuk tanggungjawab suami/isteri dan hak-hak suami/isteri. Kira-kira selepas ke seminar ni aku sedar jugalah yang selama ni ade juga tindak tanduk aku sebagai isteri yang hampir dianggap nusyuz (nusyuz - mengingkari arahan suami). Kalau nak dirungkai semua ceramah dari ustaz dan ustazah yang ada mmg aku tak terungkai

Apapun dalam kehidupan berumahtangga dan sebagai pasangan Islam disini beberapa perkara yang dapat aku listkan sebagai renungan untuk diri sendiri dan kawan2 juga:

PENAWAR DAN BAGAIMANA UNTUK MENGATASI KERUNTUHAN RUMAHTANGGA:

1) Menjaga hubungan dengan Allah s.w.t (Akidah)
2) Menjaga hubungan dengan manusia (Akhlak)
3) Ilmu dan amalan yang berterusan

TANGGUNGJAWAB SUAMI KEPADA ISTERI:

1)Pemimpin, pendidik dan pelindung isteri - suami yang tidak membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah adalah suami yang Nusyuz
2) Memaafkan kesalahan isteri - suami juga sering melakukan kesilapan
3) Teman Setia - suami haruslah menjadi teman setia tempat isteri mengadu dan mencurahkan kasih sayang
4)Menyintai isteri - dengan sepenuh hati
5)Menghormati isteri - suami juga wajar menghormati pandangan isteri
6)Hubungan seksual - takyah la diterangkan yang pasti harus puas la dedua
7)Tidak terlalu cemburu
8) Suka duduk rumah - Sabda Nabi : Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang berbuat baik untuk keluarganya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu semua terhadap keluargaku
9) Mencarai Nafkah untuk keluarga - walaupun 10% dari gaji isteri

TANGGUNGJAWAB ISTERI KEPADA SUAMI:

1) Menghormati suami - hormat suami sebagai ketua keluarga
2) Menjaga rahsia suami - sangat2 la penting bagi menjaga maruah suami
3) Menerima kepimpinan suami - redha dengan hati terbuka
4) Mentaati suami - Walau suami meminta bersetubuh di atas unta sekalipun, tidak harus isteri menolaknya (Sabda Nabi S.A.W)
5) Berpenampilan menarik - pakai wangian dan pakaian yang cantik di depan suami
6) Memelihara kebajikan suami - makan pakainya
7) Layanan yang baik - sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkan suaminya apabila dia melihatnya, taat apabila dia menyuruhnya dan tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak diingininya (suami tak suka jgn buat)
8)menyucikan diri dari hadas besar - mandi wajib haid dulu baru bersama dan kemudian mandi wajib selepas berjimak
9)Amanah

Yang pasti di zaman sekarang untuk mengelakkan skandal dan kecurangan di pihak suami atau isteri - elakkan berbincang soal peribadi/meluahkan masalah kepada bukan kaum sejenis

Aku hari ini....

Lama tak citer hal keje. Aku kene transfer buat kali ke 3 tahun ni. Bukan sebab aku bermasalah tapi sebab bos-bos yang aku serve sumer orang suka jadik senang-senang je diorang tarik bos aku kuar. Dato' Mat Aron ditarik ke MOSTI kemudian pindah masuk semula ke EPU, then ke UKAS..last aku dengar dia di JPA...sian gak dia lagi sana sini kene pegi.

April 2009, aku serve Tn. Haji Sumali. Very soft spoken person..yang membuatkan aku kagum sebaik sampai opis dia mengaji dan solat sunat. Kalau aku nak brief dia pun lepas 8.30 selesai solat dan mengaji. 6 bulan serve Tn. Haji..dia ditransfer secara tiba2 untuk projek khas YAB PM. Mula la lepas tu aku macam dah tau nasib aku yg pasti kene transfer. Lastly, aku diminta serve En. Husain Yaacob, TImb. Pengarah Bajet Pembangunan. Syukur Alhamdulillah..semua bos yang aku dapat semuanya sangatttttttt baik. Aku takde pengalaman lagi la ngan bos yang cerewet, kaki baran, kaki umpat...bla..bla..

So sekarang di sini la aku sampai arahan transfer seterusnya atau rezeki naik pangkat. Syukur sebab walaupun mula-mula kekok..aku dah boleh sesuaikan diri ngan suasana kat sini. Tapi masih sangat sayang ngan geng masa kat Makro...cc, kak zana, fidah... dan kawan2 kat K-Ekonomi kak D, kak ita, eena, lisa, Pn. Raudah, kak mie...rindu la ngan geng2 nih..sumer best gilos.

Monday, November 2, 2009

I'm Back...


Salam sumer... selepas berbulan2 aku tak update blog maka harini aku tekad nak update semula blog yg aku mulakan sendiri nih. Dah naik bersawang2 dan..penat amik penyapu tadi nyapu sawang...acecece...hihihihi

Banyak nak update...sampai tatau nak mula kat mana dah. Pasal kehidupan harian...herm.. sumer macam biasa, melayan kerenah anak2. Ain tengah periksa sekarang. Mula Rabu minggu lepas lagi. Dia sibuk sangat nak hadiah jam transformers...ok la...ibu janji kalau periksa dapat no.1-6 ibu belikan...apasal 6???? pasal exam awal tahun haritu dia dapat no.6 agak2 adil tak ehh aku kasik syarat sampai no.6... kira ok la..

Hari2 lepas balik sekolah bila aku tanyer.." akak boleh jawab tak tadi..???" mesti dia jawab kakak dapat seratus tadi...entah iyer entah tak. Harap2 betul la, sejuk perut aku mengandungkan dia

Study?? budak tadika kene study gak ehh..hihihi. Bukanla study sangat cuma aku ulangkaji sama jerk. Kalau arini peksa BI aku tanyer la sikit2 soalan utk refreshkan Ain. Tanak push dia sangat takut karang preasure lak. Tapi aku tak suruh pun anak dara ni mmg kaki buku....syukur alhamdulillah

Si Amirul dah tak pakai pampers kecuali bila dia nak POO POO... tak moh dia PooPoo kat bilik air. Tunggu pakai pampers baru PooPoo..aiyo... tapi satu improvement yg baik la bila dia telah menjimatkan duit utk beli pampers. Kita beli pampers murah utk dia PooPoo jerk. Abang dah pandai ape yer... pandai amik buku suh aku bacakan..tapi amik buku BI lak tuh..ke dia terambik buku BI..hehehe. Amirul ni liat sikit..kalau Ain dulu time ni dia dah pandai kaler2...Amirul ni tangan lembik je..malas pegang pensil....nak kene usaha jugak nih. Kata tahun depan nak anto sekolah....

Mulut adalah sangat kuat bercakap sampai kita mintak tolongggggggggggggg tutup mulut pun tak paham2. Nak jadik lawyer kot..kihkihkih

Harith pulak dah makin bijak, makin lasak tapi masih menyusu badan dengan aksi tersendiri. Budak bertuah ni pandai merajuk dan jual mahal oooo... kejenyer asyikla menyakat orang. Takleh agaknyer tengok abang dan kakaknyer bahagia dan aman...hehehe patutnya dulu ibu taruk nama Muhamad Harith Aman kot baru aman. Tapi orang kata budak yg aktif meneroka....bijak akalnya..moga2..insyaallah...

Kami sedang plan untuk berpindah ke Hulu Langat. For temporary kita duduk di rumah cam studio house jer...rumah satu bilik tapi hall yg bole wat main futsal.... Mulanya dulu nak buat ruang kursus tapi plan dah tukar jadik kediaman sementara kumpul duit buat villa (kata cik abang...impiannya nak buat villa atas bukit belah atas tanah kami tu...) Kalau ikut perancangan nak pindah dalam bulan Januari 2010. Sekarang tak leh pasal Farihin nak amik STPM ujung tahun ni... akukan penjaga tetap dia...

Walaupun aku agak berat hati nak pindah (sebab jauh dari opis...dekat 45 minit baru sampai putrajaya dan tahun depan aku kene angkut ketiga3 anak bawak sekali sekolah kat Putrajaya) mengenangkan kasih dan sayang pada cik abang dan demi masa depan kolam ikan yang kami dah mulakan setahun dulu...aku redha. Jadi kawan2 yg nak rasa bangun pagi hirup udara segar dan menyaksikan kehijauan alam bole la datang bermalam kat rumah aku nanti....

So, sekarang masih sedang mengemas rumah yg kami nak duduk tu...ade masa nanti aku upload gambo..tapi kamera dah kong..tatau bateri rosak atau kamera rosak setelah kamera tu bertukar2 tangan..herm....

Until next entry...Chiowww

Friday, June 12, 2009

Kadang2 jika terlalu ikutkan emosi dan hati.. kita akan lukakan hati insan lain...nyesal2...

Wednesday, June 10, 2009

Perihal rumahtangga..

Aku tertarik bila baca N3 Yong.. well, blog yong antara yg aku sentiasa lawati tiap hari..ewah.. citer pasal sentap2 laki bini nih. Yerla pengatnin baru lagi kan. Bila ingat2 zaman aku mula2 kawin dulu mmg la...akupun gitu gak rasanyer..kuat merajuk. Bukan merajuk la..nak perhatian je rasanyer..cuma bila waktu itu kita masih berdua atau mungkin bertiga, kehidupan kita tidak terlalu byk yg nak difikir kalau dibanding dengan orang yg dah ada anak 3 dan sentiasa ade je kerenahnyer.

Kalau tanyer laki aku camana gelagat aku dulu mesti dia kata tak larat dah abang nak pujuk...asyik tarik muka je...hihihih. Mmg betui tuh. Salah cakap sikit tarik muka, tak romantik sikit tarik muka, balik lambat sikit tarik muka..hihihi..tu aku la dulu. Maklum la aku kawin muda. Masa kawin aku baru umur 22... Mmg tengah manje gitu...ewahhh..

Kalau nak fikir sape salah sape betul mmg kita sentiasa je nak cakap kita betul..tapi tu dulu..sekarang persepsi aku agak berbeza... Untuk mengelakkan sakit hati, makan hati..dan penyakit2 hati yg lain aku amalkan beberapa nasihat dari mak, mak mertua, kawan2 yg sangat berpengalaman.....
  • Jangan menjawab bila suami bercakap/ nasihat/ marah
  • Beri peluang suami untuk rasa tidak dikongkong (tapi suami pun kene tau la batas2 waktu)
  • Sentiasa senyum dan bergurau senda
  • Suami pun ada kawan2..sesekali dia kuar ngan kawan2..redhakan je
  • Mak kata "biarla laki ko nak kuar, bukan dia tak balik pun..nanti dia balik jugak"
  • Jangan selalu fikir negatif pada suami..sentiasa positif
  • Sentiasa mengalah..jangan fikir kita la paling pandai, paling bijak, paling perfect... kita je yg pandai carik duit..bla..bla..
  • jangan berani2 tinggikan suara dengan suami.. dosa wooo...
  • Guna panggilan yang manis pada pasangan walaupun sedang marah (aku tak penah guna perkataan "aku-kau" ngan si kodri)
  • beralah..redha...sabar.. tawakal dan sentiasa ingat bahawa syurga kita di bawah tapak kaki suami

Susah nak jadi isteri mithali dan menjadi dambaan suami.... tapi sekurang-kurangnya kita berusaha buat yang terbaik. Maklumla kitapun manusia biasa.. sekali-sekala kita pun nak gak dihargai dan terima seperti mana kita lakukan pada suami... insyaallah. Bila kita layan suami dengan hati yang rela.... suamipun rasa sejuk hati dan insyaallah kita dapat rasakan kebahagiaan itu..wallhua'lam...peringatan juga buat diriku sendiri dan kawan2 yang membaca.....


Thursday, June 4, 2009

Panas..mmg aku tengah panas dalam nih..

Ni adalah entry sentap..

Biol punyer officer..cam bagus..porah. Aku adalah hangin bila orang set appointment awal pastu bila sampai time dia kata dia set waktu lain. Mmg mulut ko la yg set ngan aku meeting tu kul 3.00..tetiba lak ko kata ko buat app kul 3.30...wak lu..tu dah sentap sekali pasal kene jawab ngan bos...

Pastu kalo ko dah tau ko sibuk main cancel2 last minit ke... wah manyak cantik muka ko. Dah la ko nak cancel app. ko terus jumpe bos aku..aku depan mata ni ko tak reti nak inform same ke..mmg ko nak carik gaduh ngan aku ni. Mintak mahap le aku nak berbaik bertepuk tampo ngan ko lepas ni....SORRY NAIK LORI.. ko mainkan aku 2 kali arini ehh...nanti ko..ni didih2 darah aku nih....

Panas..panas..

Panas ekk kebelakangan nih..aku anak beranak pun dah dekat 2-3 malam tido kat hall... aku lama dah merengek..cheh merengek tuh...nak pasang aircond..so, setelah sekian lamanyer cik abang benarkan juga..

Tadi balik kejap pasal cina pasang aircond naksampai umah dah...kodri lak kuar ke kebun... maka dah pasang tapi kami pasang kat hall. Umah tu kan kecik, kami beli aircond power besar sikit so keadaan umah tak la panas sangat..


Tapi masak le nak bayau bil sok tuh...