Thursday, May 21, 2009

Birthday Celeb...


Majlis ni diadakan pada 11 April 2008..aiyoo..manyak lama punyer event baru nak update harini... pasal aku ada masalah kabel kamera utk transfer gambo2 ni la....
Along beli belon jenis susah mau tiup...sakit mulut2 ni ha..aku dengan penuh kreatif amik pam basikal ...tak larat dah tiup...gigih kan aku...hahaha. Abaikan diriku yg agak chubby... mungkin bunga2 baju tu buat aku nampak besar dari asal..akekekke
Sumer preparation awal dibuat oleh aku dan Kak Lia (my SIL) sebab majlis ni kami sekalikan utk anak2 yang sambut birthday on Mac-April. Tapi keseluruhan persiapan sumer adik badik sedara mara terlibat sama. Majlis bermula sekitar jam 3 pm....
jadik pagi2 lagi kami dah bertungkus lumus masak.

Ni antara menu petang itu...Laksa penang, bihun goreng, lontong, kuih muih dan buah-buahan.


Kuih2 ni kita tempah je...sume kuih2 tradisional.. Bawah ni kitorang tempah dua orang badut utk cerikan majlis...ahahahhah... ni adik2 aku yg perasan comei... chaittt...

Masa nak potong kek ni dah agak petang...Yg keliling2 kek ni adalah Birthday gurl dan boy...Meerul adalah malu2 kucing nak potong kek...Bawah ni aku close up sikit ape tulih atas kek...

"Selamat Hari Lahir Anak-anak Tersayang - Suraya, Ain, Amirul, Athirah"

Budak kedai kek tu gigit jari je bila aku suh tulih panjang2...lantak la...kek aku besar pe...hihihihih...majlis berjalan lancar dan sebelah malamnyer adalah majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk arwah saudara mara terdekat.

1 comment:

paij188 said...

seronok ye kak ani, boleh buat birthday sekali ramai2. kitaorg share birthday ngan anak2 member2 le..