Thursday, March 3, 2011
Anak..anugerah tak ternilai..
Tuesday, March 1, 2011
Entry utk abah.. nak jugak
nak pitamsss
Arini hubby kuar awal makanyer kene la hantar si harith ke umah ibu pengasuhnya... kuar awal dari biasa, ala awal 5 minit je pun. Lepas hantar harith baru lintang pukang kejar masa balik utk pastikan tak lewat hantar anak skolah dan tak lewat masuk opis...eeehhhhh perjalanan bermula dengan lancar tapi sampai simpang kat batu 16,sebuah van yg agak uzur masuk dari simpang.. perlahan dan sangat slow motion, aku take over...okeh settle...lepas 10 meter sebuah kancil masuk dari simpang juga dengan perlahan sedangkan aku baru nak speed nih..haishhhh... lamanyer amik mood nak bawak laju sikit tak leh ke...geram dah ni..take over lagik..nasib lane sebelah takdak kete... eehhhh elok 20 meter lebih kurang gitu aku baru nak speed pasal kat situ jalan punyer la straight dan clear....sebijik satria mmh ko dah nampak aku laju eehhhh ko kuar gak dari simpang dengan terhegeh2... aku rasa dia bawak dalam 40km sejam je..bayangkan la aku masa tu dah speed dekat 80km terpaksa memperlahankan momentum..rugi tul minyak aku pg nih...apasal aku asyik jumpe driver sengal je nih... mulut jgn cakap le berkoyan2 dah caci maki kuar..hasiyoooo
tak lama dapat take over aku remmm sikit tanda geram..diorang ni takde pikirke nak senang lenang atas jalan raya tolong la kuar kul 10 ke...ni baru 6.30 okeh...tapi area langat ni waktu tu dah start jem pasal jalan kuar masuk cuma 2 lane je. Ya ampun tolong la..penderitaan aku belum berakhir okeh.. lepas tu aku jumpa lak wira sengal follow lori..okeh kot ko takut nak take over pun jangan la bawak kete tamak lane...dok kiri sikit kasik can aku potong ko boleh??? ni tak elok dia drive kete kat tengah2 lane, kiri tidak kanan pun tidak... aku nak potong pun tak lepas...sengal tul...alih2 smpai kat skolah dak jalil upenyer dia nak turunkan anak dia..cibaisss tul ko nih apsal la ko buang masa aku dekat 10 minit ikut montot ko hah... aku bayau cukai gak tau...
dan seterusnya adalah kesesakan yg agak haibat sampaila ke putrajaya kerana pagi ini hujan lebat bila masuk highway grand saga nak ke putrajaya....ohhh...penderaan mental tul la... nasib tak lewat anta budak2 dan tak lewat jugak masuk opis walaupun punch card kul 7.58...
Hoh agaknyer pagi ni sebab stresss terlampau di pagi hari...awal pagi aku dah rasa camnak pitam... g beli makanan pun berdiri beratur nampak cam berpinar gelappp je cam nak jatuh, peluh2 jantan dah kuar tanda nak muntah...wa cepat2 dok kat kerusi walau masa tu beratur panjang....bila smpai turn aku baru bangun....sorry kak sy nak pitam td...
sekarang dah dekat kul 10 pg tapi aku lum sarapan sebab perut aku dah start mual dan ade tanda2 nak muntah... soto yg tadi kurasakan sedap dah memualkan bila terbau daging kat sup tu... ooohhhh lantas mencapai roti sekeping kononnya nak alas perut sebelum melantak soto...tapi tupun aku baru dapat 3 kali gigit dah takde selera
Esok aku cuti sebab nak g check up.... amboi sampai amik cuti..bukan ape, biar yg mengganti tempat aku rasa selesa..bukan rasa seperti menyelesaikan kerja orang...kadang ada orang kerja sangat ikhlas dan tak berkira...tapi tak semua begitu.. sikap kita la yg menentukan hala tuju karier kita di masa akan datang..kalau tak takkan Bos aku beriya2 carik aku balik mintak serve dia smpai sanggup call JPA mintak tukarkan aku segera ke opis dia kan..bukan riak tapi supaya menjadi teladan..kalau nak...
Monday, December 27, 2010
Laporan penilaian prestasi
Haah ani ko tunggu je bos ko jerit....aniiiiiii mana lak borang u ni?? nak markah ke tidak nih?hehehehe..masa tu la baru berlari2 anak ni ha bos... lama dah siap lupe lak nak anto ke dalam..haah yer sangat...
takpe la asalkan borang bos akak dah siapkan...tengok..betapa baiknyer prestasi akak...hehehehe
kecur air liur oooo

Haaa..camni la yg aka nak..makan ngan garam uikss...kecur dah air liur akak nih..

Yang masak cam gini akak tanakkkkk...tak terliur lagi buat masa nih.. tapi kalau budak2 kat umah mmg berantu la..kene lak potong tu buat cam durian ala..belah je pastu potong dadu sebelum terbalikkan kulitnya...lantak korang la..balik try sendiri.... maka tengahari ni misi akak adalah g alamanda beli jeruk...boleh??? heheheeh
Wednesday, December 22, 2010
please..la
Monday, December 20, 2010
Banjeroooo
Haaaaaaa...gambo atas ni adalah situasi bila air dah surut....agak2nyer sumer orang kat kedah ni ade pancing sorang satu kot...berderet orang mancing kat tali air...dari budak kecik sampai atok2 gitu.. masa ni kami g melawat kawasan. Masih byk lagi sawah yg tenggelam, tapi kebanyakannya dah semakin surut... aku dah cuak dah boleh balik KL ke tidak nih...heheheh
Tengok sawah belakang ain tu..masa ni dah 3 hari kot..baru la nampak rupa sawah padi nan menghijau, kalau tak macam padang air..hahahaha. Korang nampak tak batu2 belakang ain tu jugak?? yaaaaaa... budak2 ni main baling2 batu dan terpelanting kene tepattttt kat cermin belakang kete. ape lagik retak seribu la...tak pasal kan. Dah la masa ni tengah bersiap nak balik KL....kene g Alor setar dulu carik kedai cermin, melayang lagik RM250. Sabo je la anak2 oiiiiiiii
Jom main pondok2..hehehe


Ni pun minat dan keje aku yg terbaru...dah nama minat kan walau sukar tetap nak wat gak.. lepas belajar ngan Mak Lang kat gombak cara2 wat dua menda nih...aku jd syioklak buat. Jadi kengkawan yg mengoder tu insyaallah sepanjang ngandung ni kalau aku larat lagi, korang oder aku buat kan jugak...sok aku dah tak larat nak menggentel tart shell ni korang posa la sampai aku lepas bersalin..huargh3. For order Rm35 for 50 pcs...sampel tarak..ingat kuih raya ke nak sample2..hehehe

Alahan
Thursday, December 16, 2010
Rezeki Allah sempena tahun baru
Lama sungguh tak update blog, sampai makan tahun. Bukan ape tahun 2010 adalah tahun yg sangat2 mencabar. Sejak tukar jabatan ni kerja adalah 6xganda berbeza, 6 x ganda sibuk juga. Dahla begitu di opis baru juga ada banyak isu yg terjadi..maka malas sungguh nak berblog selain baca blog orang.
Baru2 ni sehari sebelum cuti awal muharam singgah farmasi...beli pregnancy test. Balik rumah apa lagi..terus cek dan muncul juga 2 line tu..yahooo... positif pregnant.
minggu ni masuk 9 minggu pregnant. Macam biasa bila pregnant walau tak mabuk tapi akan hilangla selera makan.. tengok lauk pun mual, bau kantin pun mual..beli nasik makan separuh dah takleh telan. Makanyer badan rasa tersangat lemah...Indahnya dugaan mengandung kan....
Wednesday, December 9, 2009
SEMINAR PEMANTAPAN KELUARGA: 'Suami Curang, Isteri Nusyuz'
Aku ke seminar ni yang mana tajuk kat atas tu cam menarik je. Banyak yang dibincangkan termasuk tanggungjawab suami/isteri dan hak-hak suami/isteri. Kira-kira selepas ke seminar ni aku sedar jugalah yang selama ni ade juga tindak tanduk aku sebagai isteri yang hampir dianggap nusyuz (nusyuz - mengingkari arahan suami). Kalau nak dirungkai semua ceramah dari ustaz dan ustazah yang ada mmg aku tak terungkai
Apapun dalam kehidupan berumahtangga dan sebagai pasangan Islam disini beberapa perkara yang dapat aku listkan sebagai renungan untuk diri sendiri dan kawan2 juga:
PENAWAR DAN BAGAIMANA UNTUK MENGATASI KERUNTUHAN RUMAHTANGGA:
1) Menjaga hubungan dengan Allah s.w.t (Akidah)
2) Menjaga hubungan dengan manusia (Akhlak)
3) Ilmu dan amalan yang berterusan
TANGGUNGJAWAB SUAMI KEPADA ISTERI:
1)Pemimpin, pendidik dan pelindung isteri - suami yang tidak membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah adalah suami yang Nusyuz
2) Memaafkan kesalahan isteri - suami juga sering melakukan kesilapan
3) Teman Setia - suami haruslah menjadi teman setia tempat isteri mengadu dan mencurahkan kasih sayang
4)Menyintai isteri - dengan sepenuh hati
5)Menghormati isteri - suami juga wajar menghormati pandangan isteri
6)Hubungan seksual - takyah la diterangkan yang pasti harus puas la dedua
7)Tidak terlalu cemburu
8) Suka duduk rumah - Sabda Nabi : Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang berbuat baik untuk keluarganya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu semua terhadap keluargaku
9) Mencarai Nafkah untuk keluarga - walaupun 10% dari gaji isteri
TANGGUNGJAWAB ISTERI KEPADA SUAMI:
1) Menghormati suami - hormat suami sebagai ketua keluarga
2) Menjaga rahsia suami - sangat2 la penting bagi menjaga maruah suami
3) Menerima kepimpinan suami - redha dengan hati terbuka
4) Mentaati suami - Walau suami meminta bersetubuh di atas unta sekalipun, tidak harus isteri menolaknya (Sabda Nabi S.A.W)
5) Berpenampilan menarik - pakai wangian dan pakaian yang cantik di depan suami
6) Memelihara kebajikan suami - makan pakainya
7) Layanan yang baik - sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkan suaminya apabila dia melihatnya, taat apabila dia menyuruhnya dan tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak diingininya (suami tak suka jgn buat)
8)menyucikan diri dari hadas besar - mandi wajib haid dulu baru bersama dan kemudian mandi wajib selepas berjimak
9)Amanah
Yang pasti di zaman sekarang untuk mengelakkan skandal dan kecurangan di pihak suami atau isteri - elakkan berbincang soal peribadi/meluahkan masalah kepada bukan kaum sejenis
Aku hari ini....
April 2009, aku serve Tn. Haji Sumali. Very soft spoken person..yang membuatkan aku kagum sebaik sampai opis dia mengaji dan solat sunat. Kalau aku nak brief dia pun lepas 8.30 selesai solat dan mengaji. 6 bulan serve Tn. Haji..dia ditransfer secara tiba2 untuk projek khas YAB PM. Mula la lepas tu aku macam dah tau nasib aku yg pasti kene transfer. Lastly, aku diminta serve En. Husain Yaacob, TImb. Pengarah Bajet Pembangunan. Syukur Alhamdulillah..semua bos yang aku dapat semuanya sangatttttttt baik. Aku takde pengalaman lagi la ngan bos yang cerewet, kaki baran, kaki umpat...bla..bla..
So sekarang di sini la aku sampai arahan transfer seterusnya atau rezeki naik pangkat. Syukur sebab walaupun mula-mula kekok..aku dah boleh sesuaikan diri ngan suasana kat sini. Tapi masih sangat sayang ngan geng masa kat Makro...cc, kak zana, fidah... dan kawan2 kat K-Ekonomi kak D, kak ita, eena, lisa, Pn. Raudah, kak mie...rindu la ngan geng2 nih..sumer best gilos.
Monday, November 2, 2009
I'm Back...
Salam sumer... selepas berbulan2 aku tak update blog maka harini aku tekad nak update semula blog yg aku mulakan sendiri nih. Dah naik bersawang2 dan..penat amik penyapu tadi nyapu sawang...acecece...hihihihi
Banyak nak update...sampai tatau nak mula kat mana dah. Pasal kehidupan harian...herm.. sumer macam biasa, melayan kerenah anak2. Ain tengah periksa sekarang. Mula Rabu minggu lepas lagi. Dia sibuk sangat nak hadiah jam transformers...ok la...ibu janji kalau periksa dapat no.1-6 ibu belikan...apasal 6???? pasal exam awal tahun haritu dia dapat no.6 agak2 adil tak ehh aku kasik syarat sampai no.6... kira ok la..
Hari2 lepas balik sekolah bila aku tanyer.." akak boleh jawab tak tadi..???" mesti dia jawab kakak dapat seratus tadi...entah iyer entah tak. Harap2 betul la, sejuk perut aku mengandungkan dia
Study?? budak tadika kene study gak ehh..hihihi. Bukanla study sangat cuma aku ulangkaji sama jerk. Kalau arini peksa BI aku tanyer la sikit2 soalan utk refreshkan Ain. Tanak push dia sangat takut karang preasure lak. Tapi aku tak suruh pun anak dara ni mmg kaki buku....syukur alhamdulillah
Si Amirul dah tak pakai pampers kecuali bila dia nak POO POO... tak moh dia PooPoo kat bilik air. Tunggu pakai pampers baru PooPoo..aiyo... tapi satu improvement yg baik la bila dia telah menjimatkan duit utk beli pampers. Kita beli pampers murah utk dia PooPoo jerk. Abang dah pandai ape yer... pandai amik buku suh aku bacakan..tapi amik buku BI lak tuh..ke dia terambik buku BI..hehehe. Amirul ni liat sikit..kalau Ain dulu time ni dia dah pandai kaler2...Amirul ni tangan lembik je..malas pegang pensil....nak kene usaha jugak nih. Kata tahun depan nak anto sekolah....
Mulut adalah sangat kuat bercakap sampai kita mintak tolongggggggggggggg tutup mulut pun tak paham2. Nak jadik lawyer kot..kihkihkih

Harith pulak dah makin bijak, makin lasak tapi masih menyusu badan dengan aksi tersendiri. Budak bertuah ni pandai merajuk dan jual mahal oooo... kejenyer asyikla menyakat orang. Takleh agaknyer tengok abang dan kakaknyer bahagia dan aman...hehehe patutnya dulu ibu taruk nama Muhamad Harith Aman kot baru aman. Tapi orang kata budak yg aktif meneroka....bijak akalnya..moga2..insyaallah...
Kami sedang plan untuk berpindah ke Hulu Langat. For temporary kita duduk di rumah cam studio house jer...rumah satu bilik tapi hall yg bole wat main futsal.... Mulanya dulu nak buat ruang kursus tapi plan dah tukar jadik kediaman sementara kumpul duit buat villa (kata cik abang...impiannya nak buat villa atas bukit belah atas tanah kami tu...) Kalau ikut perancangan nak pindah dalam bulan Januari 2010. Sekarang tak leh pasal Farihin nak amik STPM ujung tahun ni... akukan penjaga tetap dia...
Walaupun aku agak berat hati nak pindah (sebab jauh dari opis...dekat 45 minit baru sampai putrajaya dan tahun depan aku kene angkut ketiga3 anak bawak sekali sekolah kat Putrajaya) mengenangkan kasih dan sayang pada cik abang dan demi masa depan kolam ikan yang kami dah mulakan setahun dulu...aku redha. Jadi kawan2 yg nak rasa bangun pagi hirup udara segar dan menyaksikan kehijauan alam bole la datang bermalam kat rumah aku nanti....
So, sekarang masih sedang mengemas rumah yg kami nak duduk tu...ade masa nanti aku upload gambo..tapi kamera dah kong..tatau bateri rosak atau kamera rosak setelah kamera tu bertukar2 tangan..herm....
Until next entry...Chiowww
Friday, June 12, 2009
Wednesday, June 10, 2009
Perihal rumahtangga..
Kalau tanyer laki aku camana gelagat aku dulu mesti dia kata tak larat dah abang nak pujuk...asyik tarik muka je...hihihih. Mmg betui tuh. Salah cakap sikit tarik muka, tak romantik sikit tarik muka, balik lambat sikit tarik muka..hihihi..tu aku la dulu. Maklum la aku kawin muda. Masa kawin aku baru umur 22... Mmg tengah manje gitu...ewahhh..
Kalau nak fikir sape salah sape betul mmg kita sentiasa je nak cakap kita betul..tapi tu dulu..sekarang persepsi aku agak berbeza... Untuk mengelakkan sakit hati, makan hati..dan penyakit2 hati yg lain aku amalkan beberapa nasihat dari mak, mak mertua, kawan2 yg sangat berpengalaman.....
- Jangan menjawab bila suami bercakap/ nasihat/ marah
- Beri peluang suami untuk rasa tidak dikongkong (tapi suami pun kene tau la batas2 waktu)
- Sentiasa senyum dan bergurau senda
- Suami pun ada kawan2..sesekali dia kuar ngan kawan2..redhakan je
- Mak kata "biarla laki ko nak kuar, bukan dia tak balik pun..nanti dia balik jugak"
- Jangan selalu fikir negatif pada suami..sentiasa positif
- Sentiasa mengalah..jangan fikir kita la paling pandai, paling bijak, paling perfect... kita je yg pandai carik duit..bla..bla..
- jangan berani2 tinggikan suara dengan suami.. dosa wooo...
- Guna panggilan yang manis pada pasangan walaupun sedang marah (aku tak penah guna perkataan "aku-kau" ngan si kodri)
- beralah..redha...sabar.. tawakal dan sentiasa ingat bahawa syurga kita di bawah tapak kaki suami
Susah nak jadi isteri mithali dan menjadi dambaan suami.... tapi sekurang-kurangnya kita berusaha buat yang terbaik. Maklumla kitapun manusia biasa.. sekali-sekala kita pun nak gak dihargai dan terima seperti mana kita lakukan pada suami... insyaallah. Bila kita layan suami dengan hati yang rela.... suamipun rasa sejuk hati dan insyaallah kita dapat rasakan kebahagiaan itu..wallhua'lam...peringatan juga buat diriku sendiri dan kawan2 yang membaca.....
Thursday, June 4, 2009
Panas..mmg aku tengah panas dalam nih..
Biol punyer officer..cam bagus..porah. Aku adalah hangin bila orang set appointment awal pastu bila sampai time dia kata dia set waktu lain. Mmg mulut ko la yg set ngan aku meeting tu kul 3.00..tetiba lak ko kata ko buat app kul 3.30...wak lu..tu dah sentap sekali pasal kene jawab ngan bos...
Pastu kalo ko dah tau ko sibuk main cancel2 last minit ke... wah manyak cantik muka ko. Dah la ko nak cancel app. ko terus jumpe bos aku..aku depan mata ni ko tak reti nak inform same ke..mmg ko nak carik gaduh ngan aku ni. Mintak mahap le aku nak berbaik bertepuk tampo ngan ko lepas ni....SORRY NAIK LORI.. ko mainkan aku 2 kali arini ehh...nanti ko..ni didih2 darah aku nih....
Panas..panas..
Tadi balik kejap pasal cina pasang aircond naksampai umah dah...kodri lak kuar ke kebun... maka dah pasang tapi kami pasang kat hall. Umah tu kan kecik, kami beli aircond power besar sikit so keadaan umah tak la panas sangat..
Tapi masak le nak bayau bil sok tuh...
Tuesday, June 2, 2009
Kenapa ekk...
Bukan nak citer ape pagi ni cuma nak citer apasal la sesetengah orang pangkat tinggi, belajar tinggi tapi sesuatu yang mudah pun dia tak leh faham... dah few days opis aku ni ade tampal poster derma darah dan kat poster tu diingatkan 'JANGAN MENDERMA DARAH SEKIRANYA ANDA..BLA..BLA..."SERING BERTUKAR-TUKAR PASANGAN".... kan bagus itu peringatan kerana kalau insan2 'tut' ini menderma maka mereka juga mendermakan virus2 berbahaya pada orang lain...
Akan tetapi pagi ni manusia pangkat agak tinggi ni satu opis dengan aku, lum kawin.. tetiba dia komplen iklan ni tak baik.. tak bleh tahan statement dia.. "HABIS KALAU U MARRIED THEN DIVORCE THEN U MARRIED AGAIN MACAMANA"... Ya Rabbi.. bukan la maksud bertukar pasangan tu macam gitu... tentulah maksudnya kalau seseorang tu jenis pakai pelacur tak kira orang, tak kira kulit, tak kira sape di bedal je...orang itu la yg tak dibenarkan derma darah..... aku dalam hati betapa bodohnyer la dia translate poster tu... nak kata tak sekolah ....tinggi sekolahnyer...entah le...
Thursday, May 28, 2009
Pepagi dah bala...
Pastu sampai dekat ngan Puchong Perdana ade kete hon aku...ehhh..apasal lak hon2 nih.... YA RABBI..SAMPAH ATAS KETE...giler tul...dah la aku bawak agak laju. Bila berenti aku dah naik malu nak kuar nih...tapi kene kuar gak..sekali tengok sampah sudah takdak... mungkin sudah jatuh da....
Tapi takpe gak...aku punyer rekod satu bungkus sampah je...Kodri aritu kat tempat yg sama baru perasan..lagik dasat....pasal masa tu bawak 2 bungkus sampah. Sedar2 ade satu je..lagik satu dah jatuh.
Jadi kepada kakitangan dan peronda LDP...mintak mahap yer..den tak sengajoooo... Insyaallah tak buat lai yo...hihihihih
Tuesday, May 26, 2009
Camana yer...
Ikut plan minggu ni mmg tak kemana, tapi kodri lak baru balik dari Perak hari Jumaat. Sure malam baru dia sampai, esoknyer dah nak ke Johor..sian lak dia..penat tu. Ni dah seminggu dia tak g kebun tengok ikan2 sure dia dah ade plan nak ke kebun ujung minggu ni. Minggu depan lak dah plan nak balik kedah ade kenduri. Lagipun dah lama gak tak balik sana. Lama tak jenguk ibu mertuaku (aku la..kodri baru balik minggu lepas)
Camana la nak pujuk lakiku utk balik Johor... nak kene karnag ayat2 cinta nih. Kene kata abah nak awak ikut sama..hehehehe agak2 berkesan tak ehh..tapi biasanyer kalau guna nama abah mesti dia cair...sure rasa bersalah kalau tak pegi...hihihihi.. pk2 ade beberapa hari lagi untuk buat keputusan. Aku?? entah berbelah bagi gak....