Monday, December 20, 2010

Banjeroooo

Ni citer lama sangatttttt dah nih... kami balik kedah masa musim banjir. Kejadah kan dah tau banjir terus masih gak gatal nak balik kampung. Aku boleh la cakap gitu pasal bukan kampung aku, cuba kalau yg nak balik tu ke kampung haku...banjir ke topan ke aku tetapppppp nak balik gak..bole gitu..heheheh. Balik pasal nak tengok mertuaku yg patah tangan daaaa...
Ternyata banjir mmg teruk sangat sebab elok kami masuk tol alor setar utara, jalan hala ke bandaraya (la sangat)hehehe jgn marah bang ditutup terus... nasib laluan ke langgar masih dibuka..tupun macam laut. air sana, air sini.. nak hala ke umah mertuaku juga naik air....tu gambo atas tu.. mmg aku tawakal je la laki aku nak harung air tu pasal mmg agak dalam ooo...bebudak lak seronok..siap beryuhuuu yihaaa dalam kete. Woi..korang ingat ni pesta air ke boleh seronok2..kang mati kete tengah jalan ibu gak kene tolak...ewah poyo..


Haaaaaaa...gambo atas ni adalah situasi bila air dah surut....agak2nyer sumer orang kat kedah ni ade pancing sorang satu kot...berderet orang mancing kat tali air...dari budak kecik sampai atok2 gitu.. masa ni kami g melawat kawasan. Masih byk lagi sawah yg tenggelam, tapi kebanyakannya dah semakin surut... aku dah cuak dah boleh balik KL ke tidak nih...heheheh


Tengok sawah belakang ain tu..masa ni dah 3 hari kot..baru la nampak rupa sawah padi nan menghijau, kalau tak macam padang air..hahahaha. Korang nampak tak batu2 belakang ain tu jugak?? yaaaaaa... budak2 ni main baling2 batu dan terpelanting kene tepattttt kat cermin belakang kete. ape lagik retak seribu la...tak pasal kan. Dah la masa ni tengah bersiap nak balik KL....kene g Alor setar dulu carik kedai cermin, melayang lagik RM250. Sabo je la anak2 oiiiiiiii

Jom main pondok2..hehehe

Aku ni sinonim ngan makan sama dengan masak sama dengan meniaga. Tak la meniaga besau pun, cuma benda2 yg aku yakin boleh buat je...tu pun wat jual kat rakan2 opis je..kan tawan2..heheheh. Ni lagi satu yg aku wat side income....lasagna.. ni belajar ngan wife x-boss aku masa kat EPU, resepinyer aku tak derhaka sikit pun dari ape yg diajar... bekas gini jual RM20 about 5 layer... kalau nak oder sila la carik kawan2 oder sama supaya aku leh wat banyak2 sekali...pasal bahan2 utk lasagna ni agak mahalll,jadi wat sebekas adalah agak tak untung disitu...eeehh tak2...mana ade aku mata duitan, cuma kira kos je..heheheh. This one aku lum buh white source lagi, dah letak white source baru berseri....



Ni pun minat dan keje aku yg terbaru...dah nama minat kan walau sukar tetap nak wat gak.. lepas belajar ngan Mak Lang kat gombak cara2 wat dua menda nih...aku jd syioklak buat. Jadi kengkawan yg mengoder tu insyaallah sepanjang ngandung ni kalau aku larat lagi, korang oder aku buat kan jugak...sok aku dah tak larat nak menggentel tart shell ni korang posa la sampai aku lepas bersalin..huargh3. For order Rm35 for 50 pcs...sampel tarak..ingat kuih raya ke nak sample2..hehehe

Seronok memasak bila dapat duit...huarghhhh3...eehhhh tak la bang, masak utk U pun ai suka gak...hehehe










Alahan

Dugaan mengandung kali ni Tuhan je tau... tak penah la sepanjang-panjang mengandungkan budak tiga orang tu aku alah sampai tak larat berdiri, bau tumis2 pun aku pening, makan nasik pun macam nak keluo baik...
Betul la kata orang semakin usia lanjut, proses kehamilan tu akan semakin sukar...mungkin badan tak sekuat dulu, stamina tak secergas dulu... perut pun lebih ketara kali ni walau baru masuk 9 minggu. Mungkin sebab perut mmg sedia buncit kan makanyer lelebih nampak la.
Apepun semoga kandungan kali ni baik2 saja.. tp yg peliknyer kalau kat rumah seboleh2 aku nak baringgggggg je..lemah sungguh sampai merayu2 kat cik abang tolongla kemaskan dapur, cucikan baju, vacumkan rumah..dan syukur juga cik abang faham. Penat2 dia balik keje pun sibuk basuh kain baju, layan budak2, tolong clearkan sinki, kemas2kan rumah...walaupun tangan lelaki tak sebaik tangan wanita...ewah..jadikla dari takde. Walhal kalau masuk opis je dalam tak larat nak rebah pun tiba2 ade semangat je nak wat keje. Mungkin sebab aku sedar tanggungjawab aku kat opis sangat berat sekarang... elok punch card petang karang jadik lemah balik..hahahaha macam ade suis lak.
Nak masukkan gambar peyut tapi ade je tools yg tak bawak..so lain kali la...

Thursday, December 16, 2010

Rezeki Allah sempena tahun baru

Salam..

Lama sungguh tak update blog, sampai makan tahun. Bukan ape tahun 2010 adalah tahun yg sangat2 mencabar. Sejak tukar jabatan ni kerja adalah 6xganda berbeza, 6 x ganda sibuk juga. Dahla begitu di opis baru juga ada banyak isu yg terjadi..maka malas sungguh nak berblog selain baca blog orang.

Baru2 ni sehari sebelum cuti awal muharam singgah farmasi...beli pregnancy test. Balik rumah apa lagi..terus cek dan muncul juga 2 line tu..yahooo... positif pregnant.

minggu ni masuk 9 minggu pregnant. Macam biasa bila pregnant walau tak mabuk tapi akan hilangla selera makan.. tengok lauk pun mual, bau kantin pun mual..beli nasik makan separuh dah takleh telan. Makanyer badan rasa tersangat lemah...Indahnya dugaan mengandung kan....

Wednesday, December 9, 2009

SEMINAR PEMANTAPAN KELUARGA: 'Suami Curang, Isteri Nusyuz'

Selasa, 8 Disember 2009, Auditorium E

Aku ke seminar ni yang mana tajuk kat atas tu cam menarik je. Banyak yang dibincangkan termasuk tanggungjawab suami/isteri dan hak-hak suami/isteri. Kira-kira selepas ke seminar ni aku sedar jugalah yang selama ni ade juga tindak tanduk aku sebagai isteri yang hampir dianggap nusyuz (nusyuz - mengingkari arahan suami). Kalau nak dirungkai semua ceramah dari ustaz dan ustazah yang ada mmg aku tak terungkai

Apapun dalam kehidupan berumahtangga dan sebagai pasangan Islam disini beberapa perkara yang dapat aku listkan sebagai renungan untuk diri sendiri dan kawan2 juga:

PENAWAR DAN BAGAIMANA UNTUK MENGATASI KERUNTUHAN RUMAHTANGGA:

1) Menjaga hubungan dengan Allah s.w.t (Akidah)
2) Menjaga hubungan dengan manusia (Akhlak)
3) Ilmu dan amalan yang berterusan

TANGGUNGJAWAB SUAMI KEPADA ISTERI:

1)Pemimpin, pendidik dan pelindung isteri - suami yang tidak membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah adalah suami yang Nusyuz
2) Memaafkan kesalahan isteri - suami juga sering melakukan kesilapan
3) Teman Setia - suami haruslah menjadi teman setia tempat isteri mengadu dan mencurahkan kasih sayang
4)Menyintai isteri - dengan sepenuh hati
5)Menghormati isteri - suami juga wajar menghormati pandangan isteri
6)Hubungan seksual - takyah la diterangkan yang pasti harus puas la dedua
7)Tidak terlalu cemburu
8) Suka duduk rumah - Sabda Nabi : Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang berbuat baik untuk keluarganya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu semua terhadap keluargaku
9) Mencarai Nafkah untuk keluarga - walaupun 10% dari gaji isteri

TANGGUNGJAWAB ISTERI KEPADA SUAMI:

1) Menghormati suami - hormat suami sebagai ketua keluarga
2) Menjaga rahsia suami - sangat2 la penting bagi menjaga maruah suami
3) Menerima kepimpinan suami - redha dengan hati terbuka
4) Mentaati suami - Walau suami meminta bersetubuh di atas unta sekalipun, tidak harus isteri menolaknya (Sabda Nabi S.A.W)
5) Berpenampilan menarik - pakai wangian dan pakaian yang cantik di depan suami
6) Memelihara kebajikan suami - makan pakainya
7) Layanan yang baik - sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkan suaminya apabila dia melihatnya, taat apabila dia menyuruhnya dan tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak diingininya (suami tak suka jgn buat)
8)menyucikan diri dari hadas besar - mandi wajib haid dulu baru bersama dan kemudian mandi wajib selepas berjimak
9)Amanah

Yang pasti di zaman sekarang untuk mengelakkan skandal dan kecurangan di pihak suami atau isteri - elakkan berbincang soal peribadi/meluahkan masalah kepada bukan kaum sejenis

Aku hari ini....

Lama tak citer hal keje. Aku kene transfer buat kali ke 3 tahun ni. Bukan sebab aku bermasalah tapi sebab bos-bos yang aku serve sumer orang suka jadik senang-senang je diorang tarik bos aku kuar. Dato' Mat Aron ditarik ke MOSTI kemudian pindah masuk semula ke EPU, then ke UKAS..last aku dengar dia di JPA...sian gak dia lagi sana sini kene pegi.

April 2009, aku serve Tn. Haji Sumali. Very soft spoken person..yang membuatkan aku kagum sebaik sampai opis dia mengaji dan solat sunat. Kalau aku nak brief dia pun lepas 8.30 selesai solat dan mengaji. 6 bulan serve Tn. Haji..dia ditransfer secara tiba2 untuk projek khas YAB PM. Mula la lepas tu aku macam dah tau nasib aku yg pasti kene transfer. Lastly, aku diminta serve En. Husain Yaacob, TImb. Pengarah Bajet Pembangunan. Syukur Alhamdulillah..semua bos yang aku dapat semuanya sangatttttttt baik. Aku takde pengalaman lagi la ngan bos yang cerewet, kaki baran, kaki umpat...bla..bla..

So sekarang di sini la aku sampai arahan transfer seterusnya atau rezeki naik pangkat. Syukur sebab walaupun mula-mula kekok..aku dah boleh sesuaikan diri ngan suasana kat sini. Tapi masih sangat sayang ngan geng masa kat Makro...cc, kak zana, fidah... dan kawan2 kat K-Ekonomi kak D, kak ita, eena, lisa, Pn. Raudah, kak mie...rindu la ngan geng2 nih..sumer best gilos.

Monday, November 2, 2009

I'm Back...


Salam sumer... selepas berbulan2 aku tak update blog maka harini aku tekad nak update semula blog yg aku mulakan sendiri nih. Dah naik bersawang2 dan..penat amik penyapu tadi nyapu sawang...acecece...hihihihi

Banyak nak update...sampai tatau nak mula kat mana dah. Pasal kehidupan harian...herm.. sumer macam biasa, melayan kerenah anak2. Ain tengah periksa sekarang. Mula Rabu minggu lepas lagi. Dia sibuk sangat nak hadiah jam transformers...ok la...ibu janji kalau periksa dapat no.1-6 ibu belikan...apasal 6???? pasal exam awal tahun haritu dia dapat no.6 agak2 adil tak ehh aku kasik syarat sampai no.6... kira ok la..

Hari2 lepas balik sekolah bila aku tanyer.." akak boleh jawab tak tadi..???" mesti dia jawab kakak dapat seratus tadi...entah iyer entah tak. Harap2 betul la, sejuk perut aku mengandungkan dia

Study?? budak tadika kene study gak ehh..hihihi. Bukanla study sangat cuma aku ulangkaji sama jerk. Kalau arini peksa BI aku tanyer la sikit2 soalan utk refreshkan Ain. Tanak push dia sangat takut karang preasure lak. Tapi aku tak suruh pun anak dara ni mmg kaki buku....syukur alhamdulillah

Si Amirul dah tak pakai pampers kecuali bila dia nak POO POO... tak moh dia PooPoo kat bilik air. Tunggu pakai pampers baru PooPoo..aiyo... tapi satu improvement yg baik la bila dia telah menjimatkan duit utk beli pampers. Kita beli pampers murah utk dia PooPoo jerk. Abang dah pandai ape yer... pandai amik buku suh aku bacakan..tapi amik buku BI lak tuh..ke dia terambik buku BI..hehehe. Amirul ni liat sikit..kalau Ain dulu time ni dia dah pandai kaler2...Amirul ni tangan lembik je..malas pegang pensil....nak kene usaha jugak nih. Kata tahun depan nak anto sekolah....

Mulut adalah sangat kuat bercakap sampai kita mintak tolongggggggggggggg tutup mulut pun tak paham2. Nak jadik lawyer kot..kihkihkih

Harith pulak dah makin bijak, makin lasak tapi masih menyusu badan dengan aksi tersendiri. Budak bertuah ni pandai merajuk dan jual mahal oooo... kejenyer asyikla menyakat orang. Takleh agaknyer tengok abang dan kakaknyer bahagia dan aman...hehehe patutnya dulu ibu taruk nama Muhamad Harith Aman kot baru aman. Tapi orang kata budak yg aktif meneroka....bijak akalnya..moga2..insyaallah...

Kami sedang plan untuk berpindah ke Hulu Langat. For temporary kita duduk di rumah cam studio house jer...rumah satu bilik tapi hall yg bole wat main futsal.... Mulanya dulu nak buat ruang kursus tapi plan dah tukar jadik kediaman sementara kumpul duit buat villa (kata cik abang...impiannya nak buat villa atas bukit belah atas tanah kami tu...) Kalau ikut perancangan nak pindah dalam bulan Januari 2010. Sekarang tak leh pasal Farihin nak amik STPM ujung tahun ni... akukan penjaga tetap dia...

Walaupun aku agak berat hati nak pindah (sebab jauh dari opis...dekat 45 minit baru sampai putrajaya dan tahun depan aku kene angkut ketiga3 anak bawak sekali sekolah kat Putrajaya) mengenangkan kasih dan sayang pada cik abang dan demi masa depan kolam ikan yang kami dah mulakan setahun dulu...aku redha. Jadi kawan2 yg nak rasa bangun pagi hirup udara segar dan menyaksikan kehijauan alam bole la datang bermalam kat rumah aku nanti....

So, sekarang masih sedang mengemas rumah yg kami nak duduk tu...ade masa nanti aku upload gambo..tapi kamera dah kong..tatau bateri rosak atau kamera rosak setelah kamera tu bertukar2 tangan..herm....

Until next entry...Chiowww