Tuesday, December 2, 2008

Anak-anak aku.... cam tak cayer je


Anak-anak aku...

Nurain Aleeya binti Muhamad Kodri...

Anak bertuah ni lahir 11/3/2003 jam 11.58 pagi, berat 3.4kg di Hospital Putrajaya. Nama dia aku yg pilih..pasal sepanjang ngandung aku suka no nama ain. Bersalin operate pasal dia breech..pala kat atas punggung kat bawah..aiyo. Paling kerap kuar masuk sepital. Sepanjang ngandung ain aku tak lalu makan..selsema dari awal ngandung sampai nak bersalin. Mmg aku kurus masa ngandungkan dia. Yang aku lalu makan nasik lauk kicap ngan sambal korek (nak tau tepon aku sambal ape nih)hahahaaha... tapi aku lalu makan tomyam ngan bihun goreng kat satu kedai kat puchong prima. Aku nak akak tu je yg masak...orang lain masak tak lalu aku..sabo je la. Camana ain leh kuar putih pun tatau pasal masa ngandung dia aku suka sangat minum kopi...ketagih sehh..


Muhamad Amirul Aman b. Muhamad Kodri...

Amirul lahir pada 12/4/2006 jam 12.00 tengahari, berat 3.1kg di Hospital Putrajaya. Nama dia kodri pilih tang Amirul...tapi abah aku tambah Aman kat belakang. Operate pasal budak ni asyik melintang dalam perut aku. Bertuah sungguh.. oleh kerana dia tanak pusing..ikut tingkap lagi. Ngandung kat dia aku paling cool dan tak banyak masalah. Tapi aku punyer tabiat dari anak sulong.. bila ngandung aku suka gigit ais..gian giler kalu tak dapat sehari. Masa bersalin aku very excited..aku tekad kalu boleh nampak aku nak tengok camana dia kuarkan anak aku. kebetulan masa operate depa tak betui tutup kain kat depan aku...jadik aku pun tengok la bayang kat lampu ape yg diorang buat. Cam perut ayam seh diorang buat perut aku. Bila nak kuarkan dia doktor tarik kaki dulu..pala dok terbenam dalam perut aku lagik...kuikuikui.. oleh kerana aku mg tak takut tengok darah rasa cam nengok medic tv lak... syukur budak pala 3 pusar ni selamat lahir... thanks to hubby pasal lama tunggu aku...aku ingatkan dia balik uamh rupanyer berhari dia tido kat sofa hospital.....thanks sayang..


Muhamad Harith b. Muhamad Kodri..

Harith lahir pada 21/9/2007 jam 8.00 pagi, berat 3.75kg di Hospital Putrajaya. Ceasar gak pasal dah ada 2 previous scar. Sepanjang ngandung dia aku mmg tak lalu makan. Bayang kan aku cuma naik 2.5kg je sepanjang ngandung. Mmg rasa tak larat sangat... aku tak lalu nak masuk dapor..maka 9 bulan gak laki aku berkorban makan kedai.. sekali sekala je aku masak...thanks yang 4 being understanding. Aku mmg tak sangka baby besar kali nih. Kali ni rasa serik lak nak operate pasal masa mula belah tu aku dapat rasa pisau dia. Masa bius lagik dah macam ade prob pasal badan belah kanan dah kebas but belah kiri rasa sakit lagi. Yg aku ingat aku meraung tiap kali dia gunting daging2 perutku. Sampai kene tambah additional bius..sedut bius lagi..baru rasa cam terawang2. Akibatnya..seminggu lepas bersalin aku pening yg teramat. Tak leh bangun berpusing2 donia aku. Apepun tercapai dan termakbul juga hasrat aku nak menyusukan anak aku sampai besar kali ni. Ain ngan mirul menyusu kejap je... bukan tak de susu..ntah..diorang suka susu lembu lagik. Harith rasanyer paling bertuah... exclusively...breastfeeding....

Herm... buat masa ni 3 orang ni la permata hati aku. Insyaallah aku bole sekali lagi ngandung. tapi kasik diorang besar sikit la pasal aku nak further degree tahun depan... kasik ibu belajo tinggi sikit ehh.... (kalu dapat kembar lepas ni pun takpe...rela aku... yang..its ur job to make it real...wakakakaka)






2 comments:

jesnita_ns said...

anie..ngeri aku baca pengalaman scissor ko..bleh terasa ek org tu gunting perut ko..ishhh..rela aku normal tau..

MKBS Resources Sdn. Bhd said...

nak wat camana pai...aku teringin sangat nak bersalin normal macam ko..macam shireen...teringinnak rasa cama sakitnya tuh