Wednesday, December 9, 2009

SEMINAR PEMANTAPAN KELUARGA: 'Suami Curang, Isteri Nusyuz'

Selasa, 8 Disember 2009, Auditorium E

Aku ke seminar ni yang mana tajuk kat atas tu cam menarik je. Banyak yang dibincangkan termasuk tanggungjawab suami/isteri dan hak-hak suami/isteri. Kira-kira selepas ke seminar ni aku sedar jugalah yang selama ni ade juga tindak tanduk aku sebagai isteri yang hampir dianggap nusyuz (nusyuz - mengingkari arahan suami). Kalau nak dirungkai semua ceramah dari ustaz dan ustazah yang ada mmg aku tak terungkai

Apapun dalam kehidupan berumahtangga dan sebagai pasangan Islam disini beberapa perkara yang dapat aku listkan sebagai renungan untuk diri sendiri dan kawan2 juga:

PENAWAR DAN BAGAIMANA UNTUK MENGATASI KERUNTUHAN RUMAHTANGGA:

1) Menjaga hubungan dengan Allah s.w.t (Akidah)
2) Menjaga hubungan dengan manusia (Akhlak)
3) Ilmu dan amalan yang berterusan

TANGGUNGJAWAB SUAMI KEPADA ISTERI:

1)Pemimpin, pendidik dan pelindung isteri - suami yang tidak membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah adalah suami yang Nusyuz
2) Memaafkan kesalahan isteri - suami juga sering melakukan kesilapan
3) Teman Setia - suami haruslah menjadi teman setia tempat isteri mengadu dan mencurahkan kasih sayang
4)Menyintai isteri - dengan sepenuh hati
5)Menghormati isteri - suami juga wajar menghormati pandangan isteri
6)Hubungan seksual - takyah la diterangkan yang pasti harus puas la dedua
7)Tidak terlalu cemburu
8) Suka duduk rumah - Sabda Nabi : Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang berbuat baik untuk keluarganya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu semua terhadap keluargaku
9) Mencarai Nafkah untuk keluarga - walaupun 10% dari gaji isteri

TANGGUNGJAWAB ISTERI KEPADA SUAMI:

1) Menghormati suami - hormat suami sebagai ketua keluarga
2) Menjaga rahsia suami - sangat2 la penting bagi menjaga maruah suami
3) Menerima kepimpinan suami - redha dengan hati terbuka
4) Mentaati suami - Walau suami meminta bersetubuh di atas unta sekalipun, tidak harus isteri menolaknya (Sabda Nabi S.A.W)
5) Berpenampilan menarik - pakai wangian dan pakaian yang cantik di depan suami
6) Memelihara kebajikan suami - makan pakainya
7) Layanan yang baik - sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkan suaminya apabila dia melihatnya, taat apabila dia menyuruhnya dan tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak diingininya (suami tak suka jgn buat)
8)menyucikan diri dari hadas besar - mandi wajib haid dulu baru bersama dan kemudian mandi wajib selepas berjimak
9)Amanah

Yang pasti di zaman sekarang untuk mengelakkan skandal dan kecurangan di pihak suami atau isteri - elakkan berbincang soal peribadi/meluahkan masalah kepada bukan kaum sejenis

1 comment:

alladiin said...

Byk ilmu kat entry awk kali ni.. good job..